” Meleleh air mata bila tengok geng 4U2C keluar.. ” – Netizen

Video Kej0tan Istimewa Buat Dato’ AC Mizal Dengan Kemunculan Ahli 4U2C Di Rancangan Rumah 107. Dah Speechless Dato’ AC Dibuatnya. Masa 4U2C Perform Tu Alahai Mengimbau Betul, 4U2C Selamanya !! 

Jika disebut nama pengacara sensasi Dato’ AC Mizal, pasti teringat kumpulan popular suatu masa dulu 4U2C. Dato’ AC adalah salah seorang ahli kumpulan tersebut. Era 90an bermulanya zaman kegemilangan kumpulan Rap pujaan ramai ini.

Kini sudah 24 tahun kumpulan itu terkub0r. Semua sudah membawa haluan sendiri dan sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dato’ AC kekal aktif dalam bidang seni hiburan sehingga kini. Walaupun sudah berpuluh tahun menapak dalam dunia seni, Dato’ AC masih mengekalkan popularitinya.

Beberapa bulan sebelum ini, Dato’ AC ada berkongsikan di Instagramnya live beramai-ramai antaranya bersama ahli kumpulan 4U2C ini. Mereka turut memperdengarkan nyanyian lagu popular mereka dahulu untuk tontonan peminat yang masih mengikuti perkembangan mereka.

Meninjau akaun Instagram Dato’ AC Mizal, telah dikongsikan satu video sedutan semasa program Rumah 107. Dato’ AC yang diundang sebagai artis jemputan mendapat kej0tan daripada pihak produksi dengan menampilkan kesemua ahli kumpulan 4U2C.

Jom tonton video di bawah :

Kemunculan ahli kumpulan 4U2C di pentas ini mengej0tkan Dato’ AC. Dah macam reunion pula dan ini menarik perhatian peminat. Antara komen-komen :

” DAC mmg pandai menyanyi.. selamba duduk pun boleh menyanyi.. “

” Adik maintain dari zaman sekolah lagi.. “

” Bestnyaa, mengimbau kenangan lama. Rindu weh nak tengok 4U2C perform lagi.. “

” Meremang lak rasanya dato… terbaik. Teringat zaman remaja dulu.. “

” Kami yg tgk pun terharu. Wpun dh jd mak org, esok lusa dh nk dpt menantu tp 4U2C tetap dihati.. “

” Rindunya 4u2c, terubat jugak bila semua ada.. “

” Meleleh air mata bila tengok geng 4U2C kelu4r.. “

Gembira betul muka Dato’ AC bila semua teman-teman seperjuangannya muncul di pentas. Seolah-olah melihat persembahan 4U2C macam zaman kegemilangan mereka dulu. Apa pun, persembahan yang menghiburkan daripada kumpulan lagenda ini. Semoga semuanya success dalam kerjaya masing-masing. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dac Dato’ AC Mizal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..