” MasyaAllah, video yang touching sangat. Benar cinta sejati itu wujud.. “

Video Pre Dan Post Wedding Tasha Shilla Dan Muhammad Atiq Yang Menyentuh Rasa. Mendalam Sungguh Maksudnya. Cinta Sejati Kurniaan Allah !!

Pertunangan dan pernikahan pelakon Tasha Shilla masih lagi menjadi bualan ramai. Tasha atau nama sebenarnya Nastashashila Abdul Razak adalah seorang pelakon dan model. Hanya beberapa hari mengikat tali pertunangan, Tasha dan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Atiq Idris selamat diijabkabulkan pada 28 Februari 2020.

Majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Wilayah adalah simbolik dimana pertemuan mereka terjadi. Indah sungguh aturan Allah buat Tasha. Siapa sangka perkenalan yang hanya berjalan selama 2 bulan boleh membawa mereka hingga ke jinjang pelamin.

Tasha yang menyifatkan Atiq sebagai cinta sejatinya terpaut hati pada sikap Atiq yang bertanggungjawab dan menerima dirinya seadanya. Hanya kegembiraan dan kebahagiaan dapat dilihat di wajah jelita Tasha dan Atiq. Sudah suratan takdir, jodoh tertulis milik mereka berdua.

Menerusi akaun Instagram, Tasha Shilla telah berkongsikan video pre dan post weddingnya yang sangat menyentoh hati. Jalan cerita yang digambarkan di dalam video tersebut tentang jodoh dan cinta sejati buat netizen seb4k. Sweet sangat penceritaan dalam video ini yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. Satu lagi sentuhan video daripada CST Production yang begitu mengagumkan.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen tersent0h hati melihat video Tasha ini. Antara komen-komen netizen :

” MasyaAllah.. Video yang touching sangat. Benar cinta sejati itu wujud. Tahniah dik tasha shilla you berdua melengkapi each other.. “

” So sweetnya. Sesuai untuk movie ni.. “

” Macam trailer movie je.. “

” Respect sebab lepas kahwin baru buat pre wedding.. “

” Merem4ng bulu roma tengok nak nang1ss … Maksud dia dalam video ni . Jodoh yang selama ni kita cari cari sebenarnya ada disekeliling kita. Cuma kita sabar dengan tak sabar jea. Emmm sweet sangat . Congrats kak tasya.. “

” Best sangat-sangat. Dalam banyak video yang ni paling tersent0h hati… Moga barakah hingga ke Jannah.. “

” Bagusnya pre wed buat lepas kawen.. “

” Suka because ada video pre wed and post wed .. Wedding day .. All in one.. “

Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah. Hanya Dia yang tahu siapa dan bila masanya. Alhamdulillah Tasha sudahpun bertemu cinta sejatinya. Moga cinta ini membawa Tasha ke syurga Allah yang abadi. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Tasha berbahagia sentiasa bersama suami tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tasha Shilla by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..