” MasyaAllah. Tabarakallah. Cantiknya baby kak Wawa ni.. “

Wawa Zainal Kongsi Gambar Terbaru Anaknya, Ayya Soffya Menarik Perhatian Netizen. Alahai, Comel Sangat !!

Umum sudah mengetahui bahawa Wawa Zainal sudah selamat melahirkan cahaya matanya yang ketiga pada 1 Disember yang lalu. Wawa melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women and Children, Seri Kembangan.

Anak ketiga pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafril ini diberi nama Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki. Wawa melahirkan Ayya secara normal dan menurut Wawa kelahiran kali ini dipermudahkan. Wawa turut berkongsi rasa bersyukur dan gembira.

Sebelum ini, pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Attar dan Hayla. Sepanjang penglibatan Wawa dalam dunia seni, beliau telah banyak dicalonkan dalam beberapa anugerah. Pada tahun 2012, Wawa telah memenangi Anugerah Artis Baru Wanita Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26.

Menerusi akaun Instagram, Wawa berkongsi gambar anak ketiganya, Ayya Soffya. Wawa turut membuat akaun Instagram untuk anaknya ini untuk berkongsi gambar dan video Ayya Soffya. Agak-agak wajah Ayya mirip siapa ye? Adakah wajah ibu bapanya atau kakak dan abangnya.

” Our #wawabundleofjoy @ayyasoffya .. more photos on her ig hehehe . Mcm muka siapa agak2? “

Rata-rata netizen memuji kecomelan Ayya Soffya. Antara komen-komen mereka :

” Ishhhh… Comelnya.. “

” Ehhh… Mcm muka abang dia pon ada.. “

” Comelnya.. Mcm muka lady boss kita pon ada.. “

” Mcm muka kak Wawa.. “

” MasyaAllah.. Tabarakallah.. Cantiknya baby kak Wawa ni.. “

” Comelnya… Mcm muka kakak dia la.. “

” Lebatnya rambut.. “

Alahai comel sangat baby Ayya Soffya seperti abang dan juga kakaknya. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Wawa dan Aeril atas kelahiran cahaya mata ketiga mereka. Semoga Ayya Soffya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat. Aminn…

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Wawa Zainal, Ayya Sofya by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..