” Ada iras muka Aida Jebat.. Cantik sangat.. “

Dato’ Eizlan Yusof Kongsi Video Kenangan Bersama Isterinya Natasha Rosa Boudville. Alahai.. Lagu Tu ‘Sweet’ Sangat !!

Datuk’ Eizlan Yusof telah selamat menjadi suami kepada pasangan pilihan hatinya iaitu, Natasha Rosa Boudville pada 12 Disember 2019. Pasangan ini telah berkawan selama 4 tahun dan akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin.

Natasha yang berketurunan Serani merupakan seorang pekerja di hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang bertaraf lima bintang. Beliau juga telah memeluk agama islam pada bulan Ogos 2019 yang lalu. Eizlan yang dulunya pernah mendirikan rumah tangga bersama Vie Santie Harun.

Namun, jodoh antara mereka tidak berpanjangan, dan akhirnya mereka berdua telah membuat keputusan untuk berp1sah pada tahun 2014. Hasil dari perkahwinan tersebut, mereka telah mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof, dan Vie Zaalia.

Jika dilihat, Natasha merupakan seorang yang ceria dan sangat rapat dengan anak-anak Eizlan. Eizlan yang hampir empat tahun menduda, telah mengambil keputusan untuk melamar dan berkahwin bersama Natasha sebagai suri hati beliau.

Terkini, setelah 1 hari bergelar pasangan suami isteri, Eizlan telah memuat naik satu video kenangan beliau bersama isteri sekitar bercinta dan ketika majlis perkahwinan mereka. Video tersebut sangat romantik kerana sebelum ini,  Eizlan telah berahsia wajah kesayangan beliau itu.

Tonton perkongsian video tersebut dibawah :

” Thank you so much JK @jk_jamilkhair, @viezaarakhan, @zareefyusofofficial, @viezaalia #EizlaNatasha.. “

Rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah kepada Eizlan dan juga pasangannya, Natasha. Antara komen-komen tersebut:

” Congratulations abang Eizlan and wife.. “

” Alhamdulillah, tahniah dato & datin. May Allah bless your wedding till jannah.. “

” Skali tgk mcm ayda jebat.. “

” Mcm aida jebat.. cantik.. “

” Alhamdulillah. Tahniah! Semoga jodoh kalian berkekalan sampai ke jannah. Aamiin Allahumma Aamiin.. “

” Tahniah Dato’.. Baru perasan muka Datin Natasha ada iras Ayda Jebat.. “

Alahai.. Romantiknya Eizlan. Memang pasangan ini sama cantik, sama padan. Kami dari Berita Kopak mengucapkan Selamat Pengantin baru kepada Eizlan serta pasanganya Natasha. Semoga terbinanya hubungan ini, ia akan kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eizlan Yusof by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..