” MasyaAllah, ramahnya mulut Urwa nak menyembang dengan umi yea .. ” – Netizen

Nadzmi Adhwa Kongsi Video Terkini Anaknya, Arwa Malaikha Urwa Yang Rancak ‘Bersembang’ Dengan Uminya, Ardell Aryana. Part Ardell Sempat ‘Kut0k’  Nadzmi Dengan Anak Mereka Tu Memang Kelakar !! 

Siapa tidak mengenali pasangan sama cantik sama padan iaitu Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana. Mereka yang dahulunya dikatakan sebagai pasangan ‘Friendszone’ akhirnya telah bersatu menjadi suami isteri. Memang benar lah, kalau dah jodoh pasti tak ke mana, malah mereka juga dilihat sangat serasi dan muka mereka juga seiras.

Mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, pasangan ini telah dikurniakan seorang puteri yang comel pada 5 Jun lalu. Malah perkhabaran pasangan ini selamat menyambut kelahiran anak pertama mereka ini membuat rata-rata peminat begitu teruja untuk melihat wajah comel penyeri hidup pasangan ini.

Setelah tujuh hari kelahiran anak, Nadzmi telah mengumumkan jantina dan nama puteri kesayangannya itu. Nama diberi seindah wajah yang dimiliki, memilih nama sebagai Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa untuk puteri sulung mereka. Cantik dan gebu kulit wajah anak Nadzmi dan Ardell ini.

Menerusi akaun Instagram, Nadzmi telah berkongsi video terkini anaknya yang kini telah pun berusia dua bulan. Dalam video itu, memaparkan, isteri Nadzmi, Ardell sedang menyuapkan susu kepada Urwa. Sempat berborak dengan dengan si kecil itu, Urwa juga rancak berborak bersama umminya.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Rata-rata netizen turut memuji Urwa yag kini kelihatan bijak dan comel, malah mereka juga turut mendoakan Urwa. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Pandai nak bersembang ye Urwa..

” Dah pandai sembang. Skit lagi suka mengekekek.. Mesti ummi ngan abie tak tido. . “

” Sekarang dah pandai cakap. Jap lagi pandai sembur air liur kan Urwa.. “

” Alhamdulillah.. Comenya Urwa, semoga membesar dengan sihat sygg.. “

” Ya Allah geram nye tgok Urwa,, comei.. Nti jd ank yg Bijak, solehah buat umi dan Abi.. “

” Masyaallah tabarakallah .. Ramah nye mulut Urwa nk menyembang dgn umi yea .. Comel la urwa ni cam umi jga.. ” 

” Subhanallah. Alhamdulillah, Allahhuakbar. Cantik sungguh ciptaan Allah. Comeynya baby.. “

Alahai bijak betul si kecil ni berborak dengan umminya. Kelakar betul ummi pun, sempat lagi menyak4t abi yer. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga baby Urwa membesar dengan sihat, dan menjadi anak yang solehah dan membahagiakan kedua ibu bapanya. Aamin.

Sumber : IG Nadzmi Adhwa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..