” Kelakar betul Aafiyah, dia pun sibuk bila tengok orang lain betulkan kain ibu.. ” – Netizen

Video Aafiyah Betulkan Kain Ibunya, Dato’ Siti Nurhaliza Ketika Menjalani Penggambaran Buat Ramai Yang Terhibur. Alahai Comel Betul Gaya Dia !!

Siti Aafiyah nama diberi, itu lah dia puteri tercinta penyanyi nombor 1 Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza. Dilahirkan sebagai anak bintang ternama, sudah pasti dirinya juga menjadi perhatian ramai. Ada sahaja gelag4t Aafiyah mencu1t hati ramai lebih-lebih apabila melihat perkongsian video tentang dirinya di media sosial.

Meskipun Aafiyah tidak mempunyai akaun Instagram seperti anak-anak selebriti yang lain, ramai peminat Aafiyah telah mewujudkan akaun di Instagram untuk berkongsi perkembangan dirinya. Meskipun baru berusia 2 tahun, Aafiyah kelihatan sangat matang berbanding usianya.

Kecomelan Aafiyah saling tidak tumpah seperti ibunya, malah dia begitu manja dengan kedua ibu bapanya. Jika mengimbau kenangan lalu, Dato’ Siti hampir 12 tahun menanti akan cahaya mata, rezeki Allah siapa yang sangka, di usia 39 tahun, Dato’ Siti dikurniakan si pipi merah ini.

Menerusi akaun Instagram Dato’ Siti sendiri telah berkongsi satu video memaparkan dia sedang menjalani satu penggambaran muzik video, kelihatan Aafiyah juga ada di samping Dato’ Siti. Paling menarik, ketika kru kerja sedang membetulkan kain Dato’ Siti, Aafiyah juga turut serta membantu membetulkan kain ibunya itu.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah :

Rata-rata netizen begitu terhibur melihat gelag4t Aafiyah menerusi video itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Halah halahhh halahhhh assistant ni pun lahaiiii…. Pandai dia nak bagi ibu cantik jugak ye.. “

” Kelakar betul Aafiyah, dia pun sibuk bila tengok orang lain betulkan kain ibu.. “

” Cerdik betul Aafiyah ni, apa yang orang buat, dia pun nak buat.. “

” Comel si assistant Dato, dah boleh harap buat kerja.. “

” Aafiyah sayang ibu lah tu, nak juga dia tolong, comel.. “

” Eee ger4m betul tengok Aafiyah ni, sibuk jer dia, hahahaha.. “

“Comel yang tolong betulkan kain tu, siap bergaun lagi baju.. “

Comelnya Aafiyah, bijak betul si kecil ni, memang ringan tulang, suka membantu betul. Bertuah Dato’ Siti dapat anak yang rajin macam Aafiyah ni. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah membesar dengan sihat, dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu dan bapanya. Aamin.

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza, ctdk.austria

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..