” MasyaAllah, comel muka Abi sangat. Tembamnya baby Dayana.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Terbaru Anak Sulung Dayana Amerda Dan Hadi Mazlan Yang Kini Sudah Berusia 3 Bulan. Alahai Comel Sungguh, Part Senyum Tu Boleh Cair !!

Dayana Amerda atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana binti Mohd. Amerullah merupakan seorang bekas penyanyi dan pelakon. Beliau mula mencipta nama selepas menyertai Idola Kecil Musim ke-2 dan menjadi antara peserta sepuluh teratas.

Dayana telah mendirikan rumah tangga bersama Hadi Mazlan yang juga merupakan peserta Idola Kecil musim ke- 3. Dayana dan Hadi pernah berlakon bersama dalam drama bersiri Elly dan Epit di saluran Astro Ceria pada tahun 2012.

Pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada 24 April yang lepas bersamaan dengan 1 Ramadhan. Cahaya mata mereka ini diberi nama Maryam Hadiya dan kini sudah pun berusia 3 bulan.

Menerusi akaun Instagram, video terbaru Maryam telah dikongsikan oleh neneknya. Akhirnya wajah comel anak Dayana dan Hadi ini dapat dipertontonkan kepada umum selepas 3 bulan dilahirkan. Alahai, comel dan bam bam sangat !!

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen menyatakan wajah Maryam seiras bapanya. Antara komen-komen mereka :

” Bila senyum muka abi dia.. “

” Masyaallah comelnya cucu aunty tembam. kat sini ikut muka Abi sgt.. “

” Muka abi dia.. tembamnya baby dayana.. tahniah mama, dayana dan hadi.. ee ger4mm besar nanti jadi anak yang solehah persis ibunya.. “

” MashaAllah comelnyaaa dua2 ade iras sikit2.. “

” Comelnyaa mcm muka abi dia .. “

” Masya Allah Comel nyaaa semoga membesar dgn sihat ye baby.. “

” MasyaAllah comel muka abi sangattt.. “

” Muka abi dia la.. ger4mm pipi paw tu.. “

Alahai, comel dan manisnya senyuman Maryam. Sememangnya nampak seiras abinya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Maryam Hadiya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aida Daud, Dayana Merda

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..