” Masya Allah cantik ibu dan anak, macam kakak dan adik je.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Terbaru Di Instagram, Wajah Anak Sulung Anak Yatie Sendayu Tinggi Meraih Tumpuan Ramai. Alahai Cantiknya, Tak Sangka Dah Ada Anak Dara. Macam Kakak Dan Adik Je, Awet Muda Sangat !!

Nama Noor Hayati Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Yatie Sendayu Tinggi ini bukanlah satu nama yang asing bagi kita. Umum mengetahui Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi ini merupakan kakak kandung kepada usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri dan merupakan anak sulung kepada Bonda Rozita Ibrahim.

Untuk rekod, Yatie telah dikurniakan dua orang anak perempuan hasil perkahwinannya bersama suami tercinta, Mohamad Zaidi. Nama anak-anak pasangan ini adalah Noor Uzma Raisah, 12 tahun dan Noor Aleya Baheerah, 9 tahun. Siapa sangka kini anak-anak Yatie sudah bergelar anak dara.

Yatie juga sering berkongsi gambar-gambar bersama anaknya menerusi akaun Instagram miliknya. Cantik sangat Uzma dan Aleya, mewarisi kecantikan ibu dan kekacakan ayah mereka. Sangat manis dipandang mata. Mesti ramai yang berkenan nak buat menantu bila besar nanti.

Menerusi akaun Instagram, Yatie telah berkongsi gambar terbaru bersama anaknya, Uzma ketika bercuti di Langkawi baru-baru ini. Apa yang menariknya, dua anak beranak ini kelihatan seperti adik beradik sahaja, macam kakak dan adik. Untung dapat ibu yang awet muda macam Yatie ni. Cantik kedua-duanya.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Alahai cantik-cantik anak dara Yatie, sudah besar rupanya. Netizen turut memuji kecantikan ibu dan anak ini. Antara komen-komen netizen :

” Kenapa cantik sangat, jeles tau tak. Cantiknya spek kak yatiee. Boleh sharee ke.. “

” Untungnya uzma and aleya dapat parents mcm kak yati. Macam akak ngn adik.. “

” Semangat nak kurus sbb hari2 tgok kak yatie cantik. Cantiknyaa kak yatie.. “

” Masya Allah cantik dua dua ibu n anak. macam kakak dan adik jew.. “

” Muka daddy sgt si uzma ni. Kopipes abg ady.. ingt dia td.. nape pkai tudung. hehehe. Vas vas gituuu kak Yatie.. “

” Pertamakali jumpa yatie ikut bonda rozita mempromosikan produk sendayu tinggi di hotel vistana kuantan thn 90an.. comeyy masa tu di ikuti dgn annual dinner dan award di hotel summit PJ.. “

Ke mana tidak tumpahya kuah kalau tidak ke nasi kan. Dah tentu anaknya pun sama cantik macam ibu dan nenek mereka. Apa-apa pun semoga dipermudahkan urusan untuk Yatie sekeluarga. Semoga sentiasa dipelihara dalam lindungan Allah selalu, terus berjaya dalam perniagaan dan bidang yang diceburi. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yatie Sendayu Tinggi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..