” Manisnya senyuman si kecik itu, pandai Evie tengok kamera pastu sengih.. ” – Netizen

Harris Alif Kongsi Gambar Terbarunya Bersama Intan Ladyana Dan Si Kecil, Evie Khadeeja. Alololo Comelnya Evie Senyum, Boleh Buat Ramai Yang Cair Lah. Pandai Bergambar Tengok Kamera, Siap Tersengih Lagi !! 

Cepat masa berlalu, telah 10 bulan berlalu sejak Intan Ladyana selamat melahirkan cahayamata sulungnya, Evie Khadeeja. Setiap kali gambar dan video Evie dikongsikan pastinya ianya akan mendapat perhatian daripada peminat Intan khasnya.

Baru-baru ini, Intan berkongsikan gambar percutian mereka sekeluarga menaiki cruise. Apa yang menariknya adalah penampilan Intan yang sudahpun mengenakan hijab. Makin cantik Intan dan sejuk mata memandang.

Meninjau entry terbaru Harris Alif di Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gambar terbaru Harris, Intan dan Evie. Pendek sahaja kapsyen Harris kali ini iaitu #1 dan emoji berbentuk love.

Ketiga-tiganya nampak lebih kurang sahaja wajah mereka. Evie sememangnya sejak dari awal lagi sudah dikatakan oleh peminat mewarisi wajah Harris. Kali ini, Evie ‘belanja’ senyuman manisnya untuk semua, cute sangat.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Harris ini sehingga kini telahpun meraih lebih 5000 tanda suka dan antara komen-komen warganet :

” Alahai comelnya si kecik tu, ger4m pulak tengok. Elee pandai dia sengih ye, c0py paste 3 orang ni. Muka semua sama.. “

” Baby Evie muka daddy sebijik. Allahu, ternyata fokus hanya pada si kecil yang comel. Pandai menyengih tu.. “

” Comel baby, lovely family. Cantik background belakang tu, macam kenal je di mana hehe.. “

” So lovely, comelnya tiga-tiga ni. Bijak nya Evie dah pandai tengok camera. Ger4mnya tengok baby.. “

” Daddy’s look sungguh.. comelll. Alahai senyum Evie tu buat orang ca1rlah. Cutenya anak ampa ni Harris Alif.. “

” Manisnya senyuman si kecik itu, comelnya lah Evie ni. Muka daddy tapi cantik macam mummy.. “

” Seiras sangat nampak semua. Ya Allah, kenapa comel sangat ni. Mata Evie ikut daddy dia, pandai Evie tengok kamera pastu sengih.. “

Peminat tumpang bahagia melihat keluarga kecik Harris dan Intan ini. Makin pandai Evie bergambar, besar sikit nanti bolehlah menjadi pelakon cilik dalam music video daddy, hehe. Apa-apa pun, semoga keluarga Harris ini sentiasa dirahmati oleh Allah dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Harris Alif

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..