” Makin kurus lah Adira. Macam anak dara pulak, cantik.. ” – Netizen
Penampilan Terbaru Adira Suhaimi Yang Semakin Cantik Dan Langsing Raih Perhatian Peminat. Wowww Memang Cun Sangat !!
Adira Suhaimi adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakatnya dalam bidang nyanyian tidak dapat disangkal akan kebolehannya menyanyi dalam apa jua jenis lagu. Umum mengetahui nama Adira mula dikenali dalam program Akademi Fantasia anjuran Astro.
Untuk rekod, penyanyi yang popular dengan lagu Pujaan Hati ini mempunyai 3 orang anak hasil perkahwinannya dengan Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali dengan nama Datuk Red. Nama anak-anak pasangan ini semuanya berpangkal huruf A iaitu Anggerik, Assan dan Anggun.
Namun sejak melahirkan cahayamata yang ketiga, Adira dilihat memperlahankan kerjaya nyanyiannya. Adira ingin menumpukan lebih perhatian terhadap penjagaan anak-anaknya. Anak kelahiran Sabah ini turut berkongsi beberapa gambar dan video gelagat anak-anaknya di Instagram.
Hasil tinjauan terbaru kami di akaun Instagram, Adira telah berkongsi gambar terbarunya yang kini semakin kurus dan langsing. Jika sebelum ini, badan Adira kelihatan sedikit berisi selepas melahirkan anak, namun sekarang tidak lagi. Adira berjaya mendapatkan berat badan yang ideal, persis zaman anak dara.
Ikuti perkongsian Adira di bawah :
Penampilan terbaru Adira meraih pujian peminat. Antara komen-komen mereka :
” Sebab cantik sangat pakai apa pun. Mcm anak dara pulak.. “
” Kalaulah saya cantik macam awak, mesti kehidupan saya lebih bahagia sekarang sebab orang sekarang pandang rupa dari hati yang ikhlas hmmmmmm.. “
” Cantikk sis kat melodi tadi. memang cantik pakai tudung bawal.. “
” Kurus nye… cntik plk tu. Apa rahsia kurus ni.. Eee cantikk sgttt2.. “
” Assalamualaikum mama Dira dh macam anak dara yee. Kurus mcm bru lps kluar af kau yayang.. “
” Kurusnyaa, boleh kah share tips mcm mna boleh kurus begini ni.. “
” Woww slimnya ko mandak. Makin kurus lah kak adira ni. Cantik.. “
Wahhhh semakin cantik dan langsing Adira sekarang. Dah macam anak dara. Harap-harap nanti Adira sudilah berkongsi tips-tips atau petua-petua penjagaan badan dan bagaimana nak kurus yer. Apa-apa pun semoga Adira terus berjaya dan kerjaya seninya semakin bersinar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..