” Muka macam tahan sak1t sebab hidung sepit soletape.. ” – Netizen

Parodi Gambar Ala-Ala Bollywood Mira Filzah Oleh Hadrey Ali Yang Buat Ramai Terhibur. Amboi Soletape Pun Jadi, Lawak Sungguh !!

Baru-baru ini pelakon cantik Mira Filzah telah berkongsi gambarnya berpakaian ala-ala her0in filem Bollywood. Sekali tengok, dah macam seiras dengan Maduri Dixit. Cantik sangat pakaian dan aksesoris yang dikenakan oleh Mira sehingga mendapat pujian ramai pihak.

Namun di sebalik pujian yang diterima, Mira turut menerima kec4man daripada seorang netizen yang menud0h Mira mengeksploitasikan pakaian tradisional India untuk tujuan komersial atau mengaut keuntungan. Enggan memanjangkan isu berkenaan, akhirnya Mira tampil memohon maaf.

Menerusi akaun Twitter, Mira memaklumkan pemilihan konsep itu dibuat kerana minatnya yang mendalam terhadap konsep Bollywood itu dari sejak kecil lagi. Kalau anda mengikuti akaun Instagram Mira, pasti anda mengetahui Mira pernah beberapa kali membuat video klip lagu daripada filem Bollywood terkenal.

Hasil tinjuan kami di akaun Instagram milik Hadrey Ali, telah dikongsikan satu gambar parodi gaya Mira Filzah berpakaian Bollywood yang viral itu. Apa yang menariknya, Hadrey menggunakan soletape sebagai aksesoris pada telinga, hidung dan dahinya. Amboi kreatif sungguh Hadrey yer, memang layak dapat gelaran Mr Parody.

Ikuti perkongsian di bawah :

Perkongsian Hadrey buat ramai yang terhibur. Antara komen-komen netizen :

” Muka cam tahan sak1t sbb hidung sepit seletip.. “

” Gigihnya pot0ng seletip. Hahahaha jd bohhh.. “

” Mintak penamp4u je muka tu kan.. Hehe. Cepat betul min buat krje.. “

” Tak0ttt betholllll, sanggup eh pot0ng tape Kat hidung tuu.. “

” Melamp4u sangat tau. Saletip pun bereh. Hahaha.. “

Alahai serius kelakar, pandai betul Hadrey ni cari idea buat orang ramai terhibur. Rupanya banyak lagi gambar-gambar dan video-video parodi yang Hadrey kongsikan di akaun Instagram miliknya. Nanti korang boleh lah melawat Instagram Hadrey untuk bergelak ketawa. All the best untuk Hadrey, teruskan menghiburkan kami semua.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hadrey Ali

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..