” Makin cantik Datin Norjuma, lama tak nampak.. ” – Netizen

Penampilan Terkini Datin Norjuma Yang Semakin Anggun Dan Jelita. Ish Tak Dimamah Usia Sungguh Wajahnya, Nampak Awet Muda Sangat !!

Nama Datin Norjuma Habib Mohamed cukup sinonim dengan jenama tudung bawal, Aidijuma suatu masa dahulu. Bekas personaliti TV3 ini mempunyai raut wajah yang manis dan sedap dipandang ditambah lagi dengan percakapannya yang lemah lembut.

Sudah lama tidak mendengar perkhabaran tentang Datin Norjuma semenjak perusahaan tudungnya ditutup pada tahun lalu. Jika biasa, peminat dapat melihat wajahnya mengayakan koleksi tudung yang dikeluarkan.

Meninjau akaun Instagram Kiffy_razak, telah dikongsikan video dan gambar-gambar terkini Datin Norjuma ketika bertemu dengan Kiffy. Untuk makluman, Kiffy adalah managing director untuk Majalah Nona dan Pesona Pengantin dan maklumat ini adalah ditulis di profil Instagramnya ini.

Cerita Kiffy, sudah lama tidak bertemu dengan Datin Norjuma. Dari mula kenal sehinggalah kini, Datin Norjuma tetap dengan gaya simplenya dan manis dipandang mata. Sekalipun memakai jam mewah di tangan, namun tetap terselit beberapa urat getah bersama. Alahai memang semp0i betul.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya.. )

Penampilan terkini Datin Norjuma ini telah menarik perhatian peminat. Rata-ratanya memuji kecantikan wajahnya dan antara komen-komen peminat :

” Cantiknya, masih terbau bau perfuma Juma datang ofis kami dulu. Wangian harum seharum Juma jugak.. “

” Lawa sangat Datin Norjuma ni, lama betul tak nampak Datin Norjuma. Tak pernah tak lawa, love sangat tengok.. “

” Maintain cantik macam dulu Datin Norjuma. Lama tak dengar khabar dia. so lucky are you kiffy.. “

” Makin cantik Datin Norjuma sekarang, tetap comel dan menawan. Maintain segak, tak dimam4h usia betul.. “

” Cantik manis, natural beauty kan Datin Juma ni. Makcik penggemar tudung Aidijuma hehe.. “

” Cantik manis je wajah Datin Juma, suka sangat tengok wajah tenang dia tu. Lama tak nampak dia, terubat rindu.. “

” Norjuma Habib, masya Allah maintain cantik, manis dan comel. Minat dia since dia anak dar4 lagi.. “

” Tak berubah muka Datin Juma. Sama macam zaman-zaman UIA, awet muda sangat. Sampai sekarang saya setia dengan AJ.. “

Terubat juga kerinduan peminat apabila melihat video dan gambar-gambar ini. Tanpa solekan yang tebal pun terserlah kecantikan semulajadinya itu. Semoga Datin Norjuma success selalu dalam apa jua lapangan yang diceburi dan terus maju jaya.

Silakan SHARE..

Sumber : Kiffy Razak, Aidijuma Malaysia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..