” Alaa tak sabar nak tengok baby Nunha ni.. ” – Netizen

Video Neelofa Terima Hadiah Istimewa Daripada YAM Tengku Puteri Iman Afzan- Al Sultan Abdullah Raih Perhatian Ramai. Wahh Macam Tak Lama Dah Neelofa Ni Nak Bersalin, Untung Baby Dapat Hadiah Special Tu !!

Baru-baru ini tul4r gambar Neelofa telah menghadiri satu acara jenama fesyen terkenal antarabangsa jelas terlihat Neelofa kelihatan sudah seperti sar4t dah mungkin di dalam fasa-fasa terakhir kehamilan.

Namun hingga ke hari ini, kisah kehamilan selebriti ini tidak diberikan pengesahan daripada tuan badannya sendiri. Tetapi bagi yang mengikuti perkembangan Neelofa pasti tahu dan perasan akan penampilan dan perubahan dirinya sekarang.

Terbaru, menerusi Instagram peminat Neelofa telah berkongsi satu video yang memaparkan Neelofa telah menerima hadiah istimewa daripada YAM Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah. Kelihatan hadiah tersebut adalah barangan bayi berjenama mewah buat anak Neelofa yang bakal lahir.

Kedengaran suara Neelofa dalam video tersebut memanjatkan kata syukur dan terharu dengan pemberian oleh sahabatnya itu. Neelofa juga sempat berkongsi kad yang ditulis oleh Tengku Puteri Iman dan Neelofa memuji tulisan Tengku Puteri Iman sangat cantik.

Jom tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, selain ucapan tahniah, netizen mula berteka-teki mengenai jantina anak sulung Neelofa kerana menerusi video itu, Neelofa telah menutup beberapa info mengenai anak dalam kandungannya. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Ala tak sabar nak tengok baby Nunha ni. Untung baby, tak keluar lagi dah dapat hadiah daripada anak raja, memang special lah.. “

” Rasa boy ni, hehe tengok kad Tengku Iman bagi warna biru. Apa-apa pun tak sabar lah nk tengok baby Lofa, mesti comel.. “

” Tak pa lelaki ke perempuan ke janji sihat. Tahniah Lofa, semoga segala urusan bersalin nanti akan dipermudahkan.. “

” Saya nk teka Girl. Sbb ibu nya berseri2. Apapun lelaki atau perempuan janji ibu dan baby sihat sentiasa ya.. “

” Woww hadiah special betul. Cantik kan tulisan Tengku Iman. Dengar memang terharu sangat Neelofa dapat hadiah daripada sahabatnya.. “

” Baby dioar untuk baby Lofa, hhehe comel lah. Nampk body Lofa macam girl. Semoga dipermudahkn slmt sihat & sempurna .. “

” Baby Nunha, semoga segala urusan Lofa dipermudahkan. Berseri-seri Lofa, dah tak lama nk jadi mummy dah.. “

Alhamdulillah rezeki Neelofa tu dapat hadiah istimewa dan ucapan daripada Tengku Puteri Iman. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga segala urusan Neelofa untuk melahirkan cahaya mata sulungnya akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lofa.loves, Neelofa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..