” Mak Iti dipanggilnya, haha. Aafiyah speaking berabuk dengan anak-anak buah.. ” – Netizen

Video Siti Aafiyah Memanggil Ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Dengan Panggilan ‘ Mak Iti ‘ Buat Ramai Terhibur. Part Aafiyah Speaking Dengan Azzahra Jiwa Tu Syok Dengar. Banyak Cakap Juga Aafiyah Ni, Hehe !!

Menerusi akaun Instagram Berita Kopak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak-anak dan cucu-cucu Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah, Muhammad Afwa, Azzahra Jiwa dan Arif Jiwa sedang bermain bersama-sama di rumah. Video ini telah diulangsiar daripada akaun Tik T0k Watieysoong. 

Aafiyah sememangnya sangat akrab dengan anak-anak buahnya itu dan sering kelihatan bermain bersama. Kemudian setelah menyedari diri mereka sedang dirakamkan oleh DS Siti, Aafiyah menjer1t menyebut pula ‘ Oo itu Mak Iti, Mak Iti buat video ‘ sambil menunjuk ke arah DS Siti.

Amboi Aafiyah, boleh pula dia panggil ibu dia Mak Iti yer. DS Siti pun melayan je, hehe. Seronok mendengar perbualan antara Aafiyah dan Ara. Kedua-duanya berbual dalam bahasa Inggeris dengan cukup fasih.

Bukan selalu dapat mendengar Aafiyah bercakap banyak sebegini. Tidak hanya fasih dalam bahasa Melayu, malah fasih juga berbahasa Inggeris dan ini mendapat pujian daripada ramai peminat Aafiyah khususnya.

Jom tonton video di bawah :

Video telatah comel Aafiyah bersama anak-anak buahnya ini mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen warganet :

” Bagus Aafiyah, kecik kecil cakap bahasa melayu pandai, bahasa inggeris pun fasih berabuk.. Pandai speaking.. dengan ibu cakap bm.. “

” Aafiyah dah master 2 language, selalunya anak-anak lain just boleh speak english sahaja.. “

” Bagus Aafiyah, dua-dua bahasa dia boleh cakap. Steady Aafiyah, speaking dengan anak-anak buah haha.. “

” Pandai speaking sangat Aafiyah. Bila anak mak iti main dengan cucu mak iti hehe.. comel je semua speaking.. “

” Comel je Aafiyah masa jer1t mak iti buat video haha. dia pun ikut panggil mak iti haha.. Pandai dia speaking english, good girl.. “

” Sedap dengar Aafiyah cakap omputih, riuh rendah macam-maca kerenah. Tokti masa kecil mesti periang macam tu jugak kan hehe.. “

” Aafiyah pun buat vlog jugak, panggil ibu mak iti tu tak tahannya. Lucu la Aafiyah ni. anak sedara dengan mak sedara sebaya, meriah betul.. “

” Mak Iti dipanggilnya haha, rasa macam adik pun sebut mak iti jugak tu hehe. pandainya Aafiyah speaking, master 2 languange, good girl.. “

Bila sudah berkumpul begini, memang kec0h dan riuh rendah jadinya. Seronok Aafiyah ada anak buah yang hampir sebaya. Semoga Aafiyah, Afwa, Arif dan Ara membesar dengan sihat dan menjadi anak yang membanggakan ibu dan bapa mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Berita Kopak, IG Aafiyahkhalid, IG Azzahjiwa, Tik T0k Watieysoong

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..