” Macam puteri dari kayangan kak Lina.. “
Gambar-Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Persandingan Elly Mazlein Dan Azlan Yang Begitu Indah Sekali. Wah, Cantik Sungguh Kak Lina Pom Pom !!
Semalam merupakan hari paling bersejarah buat Elly Mazlein kerana beliau telah menamatkan zaman ibu tunggal. Elly memilih jejaka bernama Azlan yang merupakan seorang guru dan berasal dari Kelantan. Azlan lebih dikenali dengan gelaran Papa Awan Nano.
Majlis yang begitu gilang-gemilang ini menggunakan khidmat perancang perkahwinan Reka Teemor dan majlis ini bertempat di Dewan Merdeka, Putra World Trade Center, Kuala Lumpur. Elly memilih Jimmy Couture untuk persalinan pakaian pengantinnya.
Terdahulu, Azlan telah merisik Elly pada 19 oktober tahun lalu dan kemudiannya melangsungkan majlis pertunangan mereka pada 17 November tahun lalu. Sepanjang tempoh perkenalan sehingga ke pertunangan, Elly menyorok wajah bakal suaminya ini.
Menerusi akaun Instagram, gambar-gambar sekitar Majlis Pernikahan Dan Persandingan Elly Mazlein yang berlangsung malam semalam telah dikongsikan. Elly dan suami nampak begitu cantik dan kacak sekali dengan persalinan baju berwarna putih dan ungu.
” Venue Dewan Merdeka World Trade Centre, Kuala Lumpur.. “
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin ini. Antara komen-komen mereka :
” Congrat kak lina pom pom… semoga bahagia hingga akhir hayat “
” Elly mcm barbie… “
” Mcm puteri dr kayangan kak Lina. tahniah.. “
” Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fiil Khairin.. Tahniah.. “
” Sama cntik sama padan..smoga bbhgia hingga hjung nyawa kak Lina dn psangan.. “
” Manusia kena aniaya ni Allah bg ganjaran lebih baik utk dia.. Happy utk Elly Mazlein.. Terharu tgk kak Lina kawen.. Selamat pengantin baru kak ! “
” Tahniah .. Selamat pengantin baru buat ke duanya semoga kekal sampai ke jannah Aamiin.. “
” Alhamdulillah .. moga cinta kasih sayang hingga ke syurga.. Kita jd org pertama like post awak Lina pompom.. “
Lagi gambar sekitar majlis :
Wah, berseri-seri pasangan pengantin. Sama cantik dan sama padan. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Elly Mazlein dan suami. Selamat Pengantin Baru dan semoga jodoh Elly dan Azlan berkekalan sehingga akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..