” Kita cikgu tak ada kad, saya beranikan diri tulis nombor handphone dekat kertas.. “

Video Elly Mazlein dan Cikgu Azlan Dedahkan Detik Perkenalan Mereka. Wah Tak Sangka Cara Cikgu Azlan Tackle Kak Lina Sweet Sangat. Tahniah !!!

Dewan Putra World Trade Centre menyaksikan penyatuan merpati dua sejoli, Elly Mazlein dan pasangannya Mohamad Azlan. Memilih tarikh keram4t 18 Januari 2020 sebagai tarikh pernikahan mereka, pasangan ini kelihatan sangat anggun dalam persalinan mereka.

Majlis akad nikah dan resepsi semalam benar-benar memukau mata penonton. Tema ‘Malam Di Pagar Bintang’ sememangnya lain dari yang lain. Terdahulu, Elly dan Cikgu Azlan telah mengikat tali pertunangan pada 17 Disember 2019 dan 17 Januari dipilih menjadi majlis berinai mereka.

Sejak dari majlis pertunangan, membawa ke majlis berinai dan semalam majlis resepsi, kesemuanya sangat mempersonakan dengan dekorasi dan tema yang dipilih. Wajah bahagia Elly dan pasangan amat jelas kelihatan terutamanya anaknya Sefhia.

Menerusi akaun Instagram Melodi TV3 official, telah dikongsikan temubual ekslusif bersama pangantin baru Elly Mazlein dan suaminya Cikgu Azlan. Elly berceritakan detik perkenalan mereka sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin. Alahai tak sangka berani jugak Cikgu Azlan ni!

Jom tonton video di bawah :

” KAK LINA POMPOM KONGSI BAGAIMANA BERKENALAN DENGAN CIKGU AZLAN.. ”

” Tahniah! Melodi ucapkan kepada @iamellymazlein sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan. Saksikan temubual penuh dan sekitar majlis pernikahan dan resepsi esok di Melodi, 12.00 Tengah Hari di TV3! #Meloditv3.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Sweetnyaaa.. “

” Alaaalalala suweetnyaaa. Mengalir air mata tengok. Huhu. Tahniah Kak Lina pom pom.. “

” Syukur alhamdulillah tahniah saya ucapkan buat kak lina dan tahniah juga buat Cikgu Azlan besar pahalanya buat anda.. Semoga ia yang pertama dan yang terakhir aamiin.. “

” Tahniah kak lina pom pom dan suami… Moga kekal hingga ke jannah.. “

” Semoga berkekalan hingga ke jannah…Buat elly mazlein dan suami… Aamiin… “

” Allhamdulilah… Semoga bahagia ke hujung hayat.. “

Wah begitu rupanya detik perkenalan Kak Lina dan Cikgu Azlan. Sweet betul cara Cikgu Azlan cuba tackle Kak Lina. Alahmdulillah jodoh telah tertulis bahagia milik mereka. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal bahagia dan berpanjangan hingga ke jannah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Melodi TV3 Official, IG Elly Mazlein by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..