” Macam – macam tarian Jebat buat, hebat lah Jebat.. ” – Srikandi79

Video Gelagat Jebat Jayden Menari Pelbagai Tarian Mengikut Rentak Lagu Buat Ramai Terhibur. Amboi Pandai Ye Jebat Berjoget. Gaya Rap, Gaya Sepak Bola Semua Ada, Haha !!

Meninjau ke akaun Instagram Srikandi79, beberapa buah video Jebat Jayden sedang menari telah dikongsikan. Video tersebut diambil menerusi Insta Story nenek Jebat iaitu NoorKartini. Seperti selalu, gelagat Jebat sentiasa menghiburkan.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan gaya Jebat menari dengan pelbagai gaya tarian. Ada tarian Jebat seperti menari rap, namun ada juga gaya Jebat seperti sedang menend4ng bola. Wah, dah macam gaya pemain bola pula.

Dapat didengari di sebalik video suara nenek Jebat yang terhibur melihat gelagat cucunya. Amboi, Jebat tak penat ke menari tanpa henti tu. Ada sahaja gaya tarian Jebat mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Perkongsian video- video ini telah menerima lebih 100 tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Nampak berbakat pula Jebat dalam menari. Comel dan sangat bersemangat membuat persembahan, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, beberapa reaksi yang diberikan oleh netizen apabila melihat gaya tarian yang begitu bersemangat dari Jebat :

” Wow We have the most famous dancer in the world ( Jebat ) comel little jebat.. handsome boy.. He’s all grown up.. “

” Wow we have the legend football player.. ahha.. Hebat anak g4ngster dah pandai menari.. ni betul betul wow.. “

” Handsome and cute another level. Nanti pergi sekoyah ye baby.. haha, comel.. Tringat ayat dia “tak sekoyah pun pandai”.. “

Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja gelagat Jebat dikongsikan di media sosial. Selain mendengar celotehnya, gelagat Jebat juga menghiburkan. Momen-momen Jebat sering dirakamkan oleh ahli keluarganya.

Semestinya Jebat menjadi penghibur di rumah dan sering dimeriahkan dengan gelak tawa melihat gelagat Jebat. Semoga Jebat Jayden membesar menjadi anak yang soleh serta berjaya dalam pelajaran. Kena pergi ‘sekoyah’ okay Jebat, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Srikandi, Jebat Jayden

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..