” Macam kepompong bertukar jadi rama-rama gitu baju Kak Kepom.. ” – Netizen
Penampilan Elly Mazlein Di Konsert Akhir Gegar Vaganza Raih Perhatian Ramai. Wah, Fesyen Baju Kak Lina Kali Ni Memang Rare. Bila Menari Nampak Macam Kupu-Kupu Lah !!
Pada setiap minggu, penampilan Elly Mazlein selaku hos program Gegar Vaganza sering menjadi perhatian ramai. Elly akan tampil dengan pelbagai fesyen baju yang menampakkan dirinya lebih menarik dan cantik.
Untuk konsert akhir Geg4r Vaganza, Elly mengenakan pakaian berwarna hitam dan silver. Apa yang menarik ialah baju tersebut nampak seperti seekor rama-rama kerana ribennya yang menyerupai kepak sang rama-rama.
Ramai menyatakan fesyen Elly kali ini adalah yang paling unik sekali berbanding episod-episod sebelumnya. Apabila Elly menari, nampak seperti rama-rama yang sedang terbang. Walaupun fesyen ini unik, Elly tetap tampil cantik seperti selalu.
Video Elly dan Nabil ketika menghoskan program ini ada dikongsikan di akaun Instagram Ria X dan juga Official Hlive. Persembahan pembukaan dari Elly dan Nabil juga tetap menghiburkan dengan lagu yang dinyanyikan oleh mereka iaitu lagu yang dipopularkan oleh KRU.
Jom tonton video di bawah :
Video persembahan pembukaan Gegar Vaganza :
Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Elly yang tetap cantik. Antara komen-komen yang diberikan :
” Pengacara GV yg paling happening Good.. mcm kepompong bertukar jadi rama-rama gitu baju kak kepom.. “
” Wahh mcm Batman dh bajunya.. love lina pompom .. macam hadiah krismas berbalut, comel.. terbaik kak kepom.. “
” Alaaa gv da nak abis.confirm rindu keletah kak kepom Dan nabil .. wow, baju pari pari.. Blh terbang dh tu. cukup lebar dh.. “
” Baju kak lina ni mmg sesuai dengan kak lina pom pom… baju kepompom rama² cantik sangat.. terbaik nabil dan kak lina.. “
” Baju kak lina ni mmg sesuai dengan kak lina pom pom… baju kepompom rama-rama cantik sangat.. nabilzira punya suit paling dahsyattt pling smart malam ini.. “
” Cantik kak kepom.. baju cam kupu2.. Alaaa gv dah nak habis… suka sangat iamellymazlein tak pernah bosan tengok gv. Lawak dia best.. “
” Sedeyy. .mgu dpn Takleh dh nk tgk perang4i g1le2 hj nabil n kepom.. kak kepom keluar je aku dah dekah gelak baju rare sgt ni.. hahahaahha.. “
Pastinya dengan berakhirnya minggu akhir Gegar Vaganza ini akan membuatkan ramai merindui keletah Elly ketika mengacarakan program ini. Adakah pada musim hadapan Elly akan tetap menjadi pengacara Gegar Vaganza ? Sama-sama kita nantikan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ria X, Elly Mazlein, Official Hlive
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..