” Seronok baca news ni, berita yang memang dinanti-nantikan.. ” – Netizen

Pengarah Shahrulezad Mohameddin Kongsi Perkembangan Terbaru Nad Zainal Buat Ramai Teruja. Alhamdulillah, Berita Yang Ditunggu-Tunggu. Syukur Ya Allah !!

Sejak beberapa hari yang lalu, Nad Zainal menjadi tumpuan ramai terutamanya peminat setia pelakon hebat ini. Hari demi hari, semua ternanti-nantikan perkembangan Nad daripada media sosial pengarah, Shahrulezad Mohameddin.

Jika semalam dikhabarkan Nad tidak bergantung sepenuhnya dengan mesin oksigen dan lebih menggembirakan buah pinggangnya juga berfungsi dengan baik. Cuma doktor tidak mahu tergesa-gesa menyedarkan Nad dan menunggu paru-paru Nad menjadi lebih kuat.

Terkini, Shahrulezad memaklumkan khabar terkini Nad di Instagramnya. Kata Shahrulezad, luk4 di paru-paru Nad semakin heal dan berfungsi dengan lebih baik. Lebih menggembirakan, sekali sekala ada juga Nanad membuka matanya dan tidur semula.

Pastinya perkhabaran ini membuatkan peminat teruja dan bersyukur. Doa-doa semua didengar oleh-Nya dan sedikit demi sedikit tahap kesihatan Nad semakin membaik. Harapannya esok dan hari mendatang lebih banyak perkembangan positif dalam dilihat.

Jom baca perkembangan di bawah :

Baru sahaja dikongsikan sebentar tadi, perkongsian oleh Shahrulezad ini telahpun meraih hampir 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah, Thank you for the update. May Allah repay your kindness. Shukur ya Allah terima kasih Allah Aamiin.. “

” Alhamdulillah semoga nad terus kuat dan cepat-cepat sembuh kes1an anak-anak msti dh rindu.. “

” Alhamdulillah semoga nanad cepat sedar dan terus kuat. Seronok baca news ni, berita yang memang dinanti-nantikan.. “

” Alhmd segala puji bagi Allah swt yang memberi sembuh, semoga diangkat doa2 kita semua untuk tgk nanad sihat semula, ameen ya rabb.. “

” Alhamdulillah hari-hari tunggu update pasal Nanad. Semoga Nanad terus kuat dan dipermudahkan semua urusannya.. “

” Semoga Nanad terus kuat dan semoga Allah memberikan kesembuhan buat Nanad always.. “

” Alhamdulillah segala puji hanya kepada Dia, dzat yang menyembuhkan. Terima kasih ats update. Stay strong Nanad. Berjuang utk yem dan som. Our mother capability beyond the word “STRONG”. We are the STRONG.. “

Hanya kepada Allah kita semua memohon semoga Nad terus diberikan kesihatan yang baik. Semoga esok lebih baik dari hari ini dan Nad akan kembali sembuh seperti sedia kala. Teruskan berdoa untuk bintang kesayangan semua ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shahrulezad Mohameddin, IG Nad Zainal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..