” Seronok tengok Aafiyah menari, lincah betul. Aafiyah lead terus.. ” – Netizen

Video Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Buat Persembahan Sempena Graduation Day Cur1 Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Bertudung Aafiyah. Part Menari Tu Paling Syok Tengok. Hebat Aafiyah Menari, Macam Ibu !!

Menerusi akaun Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anaknya, Siti Aafiyah membuat persembahan di sekolah sempena Graduation day. Pada majlis ini Aafiyah menghafaz dan menari bersama kawan-kawannya yang lain.

Sayangnya DS Siti tidak dapat melihat sendiri dan menemani Aafiyah kerana tuntutan kerja di Singapura. Melihat pada video yang dimuatnaik, bukan main seronok lagi Aafiyah menari. Melompat-lompat riang Aafiyah, happy betul.

Dato’ Khalid setia menemani puterinya ini dan memberikan semangat walaupun ibu tiada. Comel Aafiyah bertudung dan memakai jubah, nampak sebijik macam muka ayahlah Aafiyah ni. Komen warganet, seperti melihat Dato’ Khalid memakai tudung.

DS Siti juga turut mencoretkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Khalid kerana menemani Aafiyah. Walaupun ibu jauh, tetap gembira dan bangga dengan persembahan Aafiyah yang menghiburkan ini dan berharap semua yang menonton juga terhibur.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh DS Siti ini telahpun meraih belasan ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :

” Comelnya Aafiyah, nampak macam Dato’ K yang pakai tudung hehe. C0py hab1s ayahnya lah Aafiyah ni.. cute betul.. “

” Big girl sangat dahhh Besar dah Kakak Aafiyah, princess ibu and ayah tu. Harta bernilai dunia akhirat.. “

” Pengarang jantung limpa ibu nie, siti nurhaliza kecik hehe. Comel Aafiyah macam kembar seiras sama kak iti. Perfect.. “

” Mini mak iti ni hehe, Aafiyah paling suka menari tu lincah betul. Manisnya Aafiyah sayang bertudung, sejuk mata memandang.. “

” Kita pulak seronok tengok Aafiyah menari, lincah betul anak ibu ni. Part menari tu mmg aafiyah lead terus.. “

” Aafiyah more iras Dato K.. senyum pun sama. Ceria dan bersemangat Aafiyah menari. Berani dan tak pemalu depan ramai orang tu.. “

” Alhamdulilah comelnya Aafiyah.. sekejap masa berlalu.. dah besar dan pintar.. Aafiyah. Menari tu seronok tengok, suka menari dari kecil dulu lagi aafiyah ni.. “

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Anak kesayangan DS Siti ini memang berani dan hebat sekali. Semoga terus membanggakan ibu dan ayah Aafiyah dan Aafiyah dikurniakan Allah kemudahan dalam menuntut ilmu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..