” Macam kakak dengan adik.. Rayqal handsome macam korean.. “

Video Nora Danish Dan Anaknya, Rayqal Menari #anysongchallenge Tersangatlah Comel. Nampak Macam Adik-Beradik !!

Nora binti Mohd Danish Hanif atau lebih dikenali sebagai Nora Danish merupakan seorang pelakon, pengacara dan model. Beliau terkenal dengan memegang watak utama Puteri dalam siri komedi Puteri pada tahun 2005. Pada masa itu, Nora berumur 23 tahun.

Nora pernah berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang merupakan anak sulung bekas Speaker Parlimen Malaysia Tan Sri Ramli Ngah Talib. Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Nora dan Rizal bercera1 pada awal Julai 2008.

Pada 30 Mac 2017, Nora berkahwin kali kedua dengan Nedim Nazri yang merupakan anak kepada bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Mohamed Nazri Abdul Aziz. Mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim pada Februari 2018.

Menerusi akaun Instagram, Nora berkongsi videonya bersama anak sulung beliau bernama Rayqal menari #anysongchallenge. Gelagat dua beranak ini menarik begitu menghiburkan dan sangat comel. Nora dan Rayqal dilihat seperti adik-beradik.

Tonton video di bawah :

Rata-rata netizen menyatakan Nora dan Rayqal dilihat seperti seorang kakak bersama adiknya. Antara komen-komen mereka :

” Kiut la dua beranak ni.. “

” Comel ter0k.. “

” Macam kakak ngan adik.. Rayqal handsome mcm korean .. “

” Mcm adik ngan kakak je.. “

” Nmpk smart Rayqal. Comel lah Nore.. “

” Mommy and son bonding too cute. . “

” Okey versi lagi cute.. “

Alahai, seronok pula melihat aksi mereka menari. Rayqal pun sudah semakin besar serta makin hensem dan pastinya tidak lama lagi Rayqal sudah boleh mengal4hkan ketinggian ibunya. Cepatnya rasa anak teruna Nora ni dah besar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nora Danish by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..