” Dia punya reaksi when someone said ‘Alaa’ tu macam ‘ Alam4k, mommy mar4h ke’.. haha.. “

Video Anak Mawar Rashid, Raden Rafael Berpakaian Seperti Pak Arab Mencairkan Hati Netizen. MasyaAllah, Comel Sangat !!

Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Mawar Rashid merupakan seorang pelakon dan model. Mawar telah berkahwin dengan pelakon, Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Fazley Yaakob.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel bernama Raden Muhammad Rafael. Rafael dilahirkan pada 13 Mac 2019. Seperti selebriti lain, pasangan ini juga membuka akaun Instagram khas untuk anak mereka.

Mawar dan suaminya kini berada di tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah. Mereka turut membawa anak mereka iaitu Rafael. Ini merupakan kali pertama Mawar mengerjakan umrah dan beliau berasa sangat bersyukur kerana dipilih sebagai tetamu Allah.

Menerusi akaun Instagram, Mawar berkongsi video gelag4t anaknya, Rafael apabila dipakaikan pakaian seperti pak Arab. Rafael kelihatan begitu comel sekali seperti pak Arab junior tetapi berwajah siam. Menurut Mawar, Rafael begitu baik sekali sepanjang berada di sana.

Tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji kecomelan Rafael yang seiras macam muka mommynya, Mawar. Antara komen-komen mereka :

” Cute sgt Rafael. “

” Apa lah cumil sgt ne si kecik ne.. “

” Comel nya Pak Haji kecil ni.. “

” Eii ger4mnya dhla mini mommy sebijik.. “

” Ya Allah cute nya Rafael .. “

” Masya Allah cute sangat Rafael.. “

” Dia punya reaction when someone said ‘Alaa’ tu macam ‘ Alam4k, moomy mar4h ke’.. haha.. “

Alahai, comel sangat Rafael ni. Ger4m melihat gelagat comelnya ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat menunaikan umrah. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di sana dan mendapat umrah yang mabrur.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Raden Rafael, Mawar Rashid by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..