” Maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluk4.. ” – Mira Filzah
Posting Mira Filzah Beberapa Jam Sebelum Majlis Nikah Raih Perhatian Ramai. Semoga Dipermudahkan Semuanya Pada Malam Ini !!
Malam ini kita bakal penyaksikan majlis akad nikah pelakon cantik manis, Mira Filzah dengan kekasih hatinya, Wan Emir Estar. Majlis yang akan diadakan di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur akan disiarkan secara live menerusi Youtube TV3 pada jam 8.30 malam.
Minggu lalu, Mira telahpun mengadakan majlis Khatam Al-Quran menggantikan majlis berinainya. Majlis tersebut yang diadakan bersama adiknya Aina Fadhilah yang sudahpun selamat berkahwin beberapa hari yang lalu. Mira ketika ditanya wartawan pada ketika itu hanya memberi hint pernikahannya bakal berlangsung seminggu selepas majlis ini.
Debaran makin terasa, hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk Mira mengakh1ri zaman bujangnya itu. Tidak hanya Mira, malahan peminat-peminat juga tidak sabar mahu melihat kesayangan mereka ini di atas pelamin. Dengar-dengarnya Mira bakal menyarungkan baju kurung Pahang, tentu manis sekali.
Menerusi akaun Instagram Mira Filzah, telah dikongsikan sebuah video montage yang memaparkan tarikh majlis akad nikah Mira dan Emir. Mira yang turut sama menulis di kapsyennya ucapan maaf untuk sesiapa yang pernah disak1tinya dan memohon agar didoakan majlisnya ini berjalan lancar.
Jom baca perkongsian di bawah :
Ruangan Instagram Mira ini dibanj1ri dengan ucapan tahniah daripada peminat yang turut sama mendoakan kelancaran majlisnya malam nanti. Antara komen-komen mereka :
” Tahniah kak, semoga berbahagia hingga ke Jannatul Firdaus.. “
” Waalaikumsalam, semoga majlis semua berjalan dengan lancar. Amin. Tahniah sekali lagi.. “
” Alhmdullah nikah dah idolaa kiteee ni. tahniah mfmirafilzah.. “
” Congratulations semogaa kekal hingga ke jannah. Semoga dipermudahkan Kakmira.. “
” Selamat pengantin baru kak mira, May Allah swt easy for everything.. “
” Selamat Bernikah Dan Bercinta sampai Syurga dear Mira Filzah & Emir.. “
” Semoga dipermudahkan sgalanya buat kedua bakal mempelai.. barakallah.. “
” Congratulations in advance mfmirafilzah. Tenang2 saja & semoga majlis berjalan dengan lancar Insha Allah.. “
Bagus sungguh cara Mira memohon kemaafan dan doa daripada semua peminat ini. Iyelah mungkin ada tersalah silap dan terkas4r bahasa yang menggur1s hati sesiapa tanpa disedari, nama pun manusia biasa tidak ada yang sempurna. Apa pun, semoga proses ijabqabul antara Mira dan Emir berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mira Filzah, IG Wan Emir Astar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..