” Ya Allah Raudah rambut dia macam anak mat saleh.. ” – Zarina Zainuddin

Datin Shahida Kongsi Gambar Terbaru Anaknya, Raudhah Arshiyah Yang Sudah Pandai Merangkak. Namun Rambut Raudhah Jadi Perhatian Netizen. Alololo Comel Sangat Raudhah !!

Datin Shahida atau nama sebenarnya Nor Shahida Bt Abdul Rashid merupakan isteri kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Sri Aliff Syukri Kamarzaman. Hasil perkongsian bersama, mereka telah dikuniakan 5 orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah EL Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan yang terbaru Raudhah Arshiyah.

Datin Shahida dan Datuk Aliff juga turut membesarkan seorang anak angkat yang bernama Ameena. Datin Shahida sering memuatnaik perkongsian berkaitan anak-anaknya yang comel. Anak tunggal perempuan di kalangan 7 beradik ini dilihat sebagai seorang ibu yang begitu prihatin, penuh kasih sayang dalam mendidik dan menjaga kepada kesemua anaknya.

Umum maklum bahawa Datin Shahida merupakan teman rapat kepada penyanyi Bienda kerana mereka sama-sama menganggotai kumpulan nasyid Solehah. Antara lagu yang dipopularkan oleh kumpulan ini adalah Nikmat Allah, Hadis Rasulullah dan lain-lain.

Terbaru, Datin Shahida berkongsi gambar anak bongsunya Raudhah Arshiyah merangkak. Untuk pengetahuan, Raudhah kini sudah berusia 8 bulan. Kecomelan Raudhah memang tidak boleh dinafikan lagi. Raudhah mewarisi kecantikan dan kekacakan kedua ibubapanya.

Ikuti perkongsian Datin Shahida :

Rata-rata menyatakan muka Raudhah persis bondanya Datin Shahida dan ada juga memberikan komen rambut Raudhah kelihatanseperti mat saleh. Antara komen-komen netizen :

” Ya Allah Raudah rambut dia macam anak mat saleh.. ” – Zarina Zainuddin

” Laa dah besaq dah aih raudhah cun mcm ank mat saleh aih.. Omey.. Dh brapa bulan ye raudhah skrng.. “

” Ces ikut muka dato alif shukri, yg ni ikut muka datin.. Chomelnyee.. “

” Yeayyy… Tahniah cak pom pom.. Nnt dah berlari… Mama is pening.. Mesti rajin mengemas.. “

” Chomelll ye.. Xlama lgi boleh berjalan. Abes lerrr.. Macam anak patung cute betul Raudah.. “

” Dah ikat rambut ke tu Datin.. Shoomellnya raudhah.. Rambut ala omputih betul.. Cadar jdt tu pun cantik.. “

” Comelnyaaa.. Datin versi baby ni.. Tak lama lagi pandai berjalan lah dia.. “

Semoga Raudhah membesar menjadi anak soleheh buat Datin Shahida dan Datuk Alif. Tidak sabar rasanya menanti perkongsian daripada Datin Shahida apabila Raudhah berjalan dan berlari kelak. Marilah kita sama-sama doakan semoga keluarga ini dimurahkan lagi rezeki, dirahmati dan dilindungiNya. Amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..