” Congrats Bellaz, ada lesung pipit cam Preity Zinta lah.. ” – Netizen

MUA Bellaz Selamat Bersalin Cahaya Mata Ketiganya. Alahai Cutenya Baby, Siap Pakej Lesung Pipit Dalam Lagi. Comel Sangat Aihhh !! 

Siapa tidak kenal nama jurusolek terkenal Mua Bellaz. Bermula hanya sebagai suri rumah yang belajar cara makeup melalui video di Youtube, akhirnya Bellaz kini menerpa namanya dan terkenal seluruh negara. Seorang yang ramah dan riuh mulutnya.

Suka membuat video tutorial makeup di laman sosial, Bellaz diikuti oleh ramai orang. Malahan khidmatnya bukan sahaja ditempah oleh orang biasa bahkan selebriti dan orang kenamaan juga. Hasil tangannya yang halus dan kemas buat sesiapa sahaja yang kena sentuhan tangannya jadi berseri-seri.

Sudahpun mempunyai 2 orang anak, Bellaz sangat ceria dan gembira bersama keluarganya ini. Seorang yang merendah diri dan sederhana dalam kehidupannya, Bellaz sentiasa ingat asal usulnya supaya tidak lupa diri. Jika kelmarin, Bellaz masih lagi ke sana ke mari berjalan walaupun bukaannya sudah 2 cm, kini penantian Bellaz untuk melahirkan anak ketiganya sudah pun berakhir.

Menerusi akaun Instagram, Bella telah berkongsikan wajah bayinya yang baru sahaja dilahirkan yang merupakan seorang anak lelaki. Wajah bayi itu yang ditutup matanya masih terlihat comelnya. Wah siap ada lesung pipit dalam lagi tu. Mesti kakak Eica dan abang Aidil tak sabar nak tengok muka adik baby.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian Bellaz ini menggembirakan ramai peminatnya dan rata-ratanya mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi ini. Antara komen-komen mereka :

” Wah ada lesung pipit . Tahniah bellaz dan selamat berpant4ng.. “

” Lesung pipit diaaaa ger4mnyaaa. Comel sangat dianya.. “

” Alelee lesung pipit tuuu . Tahniah kak bella.. “

” Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah tahniah Bellaz. Ya ALLAH tengok bibir tu tau dah comel macamne.. “

” Tahniah dan comelnyaaa baby ada lesung pipit naaa.. “

” Adoyaiii dalam lesungnye tu.. ger4m tengok, mesti comel macam abang Aidil.. “

” Congrats bellaz. Ade lesung pipit cam preity zinta lahh.. “

” Alalala .. lesung pipit tu copy muka kak bellaz la.. “

” Amboi lesung batu dia.. anak abah ni, manis macam abah la nanti.. “

Wah wah baru lahir dah nampak dalamnya lesung pipit baby Bellaz ni. Sama sangat macam abah dia lesung pipit tu, manis. Mesti ramai la peminat adik baby nanti ni. Apa pun, tahniah Bella atas kelahiran cahayamata ketiga dan selamat berpant4ng. Semoga baby sihat selalu dan membesar dengan sempurna. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Muabellaz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..