” Lembutnya Dariya. Comel dan sayangnya dia pada adik Khidir.. ” – Netizen
Sari Yanti Kongsi Video Gelagat Dariya Inara Menjaga Adiknya Muhammad Khidir. Amboi Suara Dariya Panggil Adik Tu Alahai Sebijik Tiru Mama. Manja Sungguh !!
Dalam ramai-ramai selebriti popular di Malaysia, pasangan Sari Yanti dan Jep Sepahtu antara artis kegemaran ramai. Kisah mereka sekeluarga sering mendapat perhatian peminat. Sari dan Jep pasangan yang ceria dan sentiasa bersifat merendah diri.
Jep dan Sari yang tidak somb0ng dengan peminat membuatkan peminat menyenangi dan menyayangi mereka. Rumahtangga mereka yang dibina sejak 2017 yang lalu sudahpun dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir.
Anak Sari hasil perkahwinan terdahulu juga sering kelihatan ada bersama mereka. Barr dan Baasit kedua-duanya akrab dengan Jep dan Dariya. Di mana ada Baasit, pasti di situ jugalah Dariya datang menempel dan berkep1t dengan abangnya itu. Keluarga yang semuanya penyayang baik daripada ayah, mak sampai ke anak-anak.
Meninjau akaun Instagram Sari Yanti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Dariya sedang bercakap dengan adiknya Khidir. Dariya yang mencuit-cuit tangan Khidir sambil memanggil adiknya itu kelihatan sangat sweet.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Dariya bersama Khidir ini menarik perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :
” Dariya sayang adik la mama. so cutieeee.. “
” Alaaaa omeynyaaaa deduaaa ni. Kakak dan baby comeyyy.. “
” Sweetnya kakak dariya syg adik khidir.. “
” Dariya.. dua2 ni masih baby lg.. cute.. “
” Lembutnya Dariya. Comel dan sayangnya dia pada adik Khidir.. “
” So sweetnya, pandai lah kakak dariya jaga adik khidir.. “
” Sayang nya kakak dekat adik dia, mesti penyayang ni macam mama.. “
” Cutenye kakak main ngan adik. Dua-dua comel anak Sari ni.. “
” It’s because she is raised with loving parents and siblings.. “
Alahai comelnya kak Dariya jaga adik Khidir. Cara sebut adik tu yang ger4m dengar. Apa pun, semoga Dariya dan Khidir sentiasa di bawah lindungan Allah, membesar menjadi anak yang soleh solehah dan sentiasa menyenangkan hati mama dan abah. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sari Yanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..