” Tak faham orang sekarang ni dalam pant4ng boleh keluar.. ” – Netizen

Keluar Sambut Birthday Anak Saudara Ketika Masih Dalam Pant4ng, Fasha Sandha Ditegur Oleh Netizen !!

Fasha Sandha antara pelakon yang popular di Malaysia. Fasha mempunyai pengikut yang ramai hingga mencecah angka 5 juta di Instagramnya. Tidak hairanlah segala yang dikongsikan Fasha pasti mendapat perhatian dan mendapat like yang banyak daripada peminatnya.

Fasha selamat melahirkan seorang bayi perempuan beberapa minggu yang lalu. Zuriat pertama hasil perkahwinannya bersama Aidil Aziz ini menyerikan lagi keluarga mereka. Aisha Amaira adalah nama yang dipilih untuk si kecil ini.

Fasha dan Aidil sudah sepakat untuk tidak membuka sebarang akaun sosial buat Aisha. Segala perkembangan tentang Aisha boleh dilihat daripada Instagram Fasha ataupun Aidil. Begitu juga dengan anak-anak lain, Rayfal dan Jemaima juga tidak mempunyai akaun sosial mereka sendiri.

Meninjau akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan sekeping gambarnya bersama anaknya Jemaima dan anak buah sulungnya, Mahsuri. Perkongsian Fasha yang baru beberapa minggu melahirkan dan masih dalam pantang ini menarik perhatian ramai.

Jom baca perkongsian di bawah :

Tindakan Fasha keluar ketika masih dalam pant4ng mengundang berbagai komen netizen. Ada yang mengec4m dan tidak kurang juga memberi kata semangat. Antara komen-komen mereka :

” My tips klu langgar pantang body cepat kembang.. “

” Klu rasa kuat & sihat why not keluaq ambik angin luaq sama kan? Cemuih dok qumah. Yg pnting jaga diri baik2.. “

” Huiiii berani sungguh laaaa. Take care fasha.. “

” Sweet auntie dia. hargailah auntie awak ya kerana dia sanggup berkorban utk raikan birthday tu bersama.. “

” Hati2 ye jln slow2 tkut terlanggar ibu jari kaki.. take care Fasha.. “

Lain orang lain caranya berpantang ini. Tidak semua orang mempunyai tahap dan kekuatan badan yang sama. Apa pun, Fasha pasti ada sebabnya tersendiri dan eloklah semua husnuzon sahaja. Doa  yang baik-baik. Peminat tegur juga sebab sayang. Semoga Fasha sentiasa dilindungi Allah, cepat sihat dan kembali bertenaga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..