” Lebih baik kita jarang berjumpa.. ” – Coach Yin
Viral Kisah Sudah Bertemu Kekasih Baru, Coach Yin Kongsi Cerita Berkenaan Hubungannya Dengan Yeen Nazmin Dan Dapat Respon Positif Daripada Netizen. Wahhh, Bernas Sungguh Kapsyen Awak Tu Coach Yin !!
Sudah menjadi fitrah bagi setiap manusia untuk memiliki perasaan ingin dicintai dan mencintai antara satu sama lain. Namun ada kalanya hubungan yang dibina sudah bertahun lamanya tetapi masih juga berakhir dengan kekecew4an. Inilah yang dikatakan jodoh. Mungkin ianya sudah tertulis tidak ditakdirkan untuk bersama.
Sebelum mempunyai hubungan yang halal, pelbagai adab dalam menjaga hubungan bercinta tidak boleh dipandang remeh. Setiap pasangan yang sedang hang4t bercinta mahu pun yang sedang belajar untuk bercinta perlulah tahu mengenai adab-adab pergaulan. Lebih manis sekiranya perhubungan itu diredhai Allah.
Terbaru, menerusi laman Instagram Coach Yin, sebuah posting bergambar telah dimuatnaik. Posting tersebut dimuatnaik atas tujuannya untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada followers dan bloggers yang telah memberi sokongan kepadanya dalam meneruskan hubungan bersama kekasih barunya, Yeen Nazmin.
Menurut Coach Yin lagi, dia akan menerima dan memegang nasihat yang telah diberikan oleh netizen supaya menjaga batas-batas perhubungan antara satu sama lain. Tambah Coach Yin lagi, dia dan Yeen akan jarang bertemu sehinggalah mereka berdua sudah disahkan suami isteri.
Di bawah ini adalah perkongsian daripada Coach Yin. Jom tonton dan baca kapsyen daripadanya :
Entri yang dimuatnaik oleh Coach Yin tersebut mendapat respon yang positif daripada netizen. Mereka mendoakan semoga Coach Yin cepat mendirikan rumahtangga. Ini antara komen-komen mereka :
” Kerana awak manusia baik, Allah bagi jalan terbaik, U deserve to have it semoga bahagia dunia akhirat.. “
” Bernas sungguh caption awk, Semoga ada jdoh hingga ke jannah, ameen.. “
” Alhamduliah semoga kekal hubungan hingga ker gerbang alam rumahtangga, amiin.. “
” Semoga yang baik2 utk coach yin dan pasangan, didoakan supuya jodoh smpai ke jinjangan pelaminan.. “
” Alhmdulillah itu yg terbaik, cepat2 halalkan hubungan, supaya kamu bole menjaga pasangan kamu nanti, semoga dipermudahkan urusan awk coach yin dan pasangan.. “
Alhamdulillah, sesungguhnhya niat yang baik Allah permudahkan. Sememangnya menjaga batas pergaulan adalah wajib untuk menjaga maruah kita dan keluarga. Kami di Berita Kopak mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka berdua dan semoga hubungan yang terjalin ini diredhai Allah. Amin..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Coach Yin, Yeen Nazmin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..