” Lawanya rumah, besar bertingkat-tingkat nampak gah sangat.. ” – Netizen

Pereka Fesyen, Ruzaini Jamil Kongsi Gambar Rumah Barunya Tarik Perhatian Ramai. Wah Besarnya Rumah, Cantik Sungguh Designnya. Happy Betul Rahil, Rumah Idaman Ramai Ni !!

Nama RizmanRuzaini cukup popular dalam dunia fesyen tanahair. Baik Rizman mahupun Ruzaini, kedua-duanya mempunyai karisma dan bakat mereka yang tersendiri. Selain kerjaya yang cemerlang, Rizman dan Ruzaini juga bahagia bersama keluarga kecil mereka.

Meninjau akaun Instagram Ruzaini Jamil, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Ruzaini bersama isterinya, Nurul Hidayati Yahya dan anak lelakinya, Wan Rahil bergambar di hadapan rumah baru mereka.

Mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi, tahun ini merupakan antara rezeki paling besar yang diterima oleh Ruzaini. Sebuah rumah impian untuk isteri, anak dan ibu tercinta berjaya dimilikinya. Lebih manis Ruzaini menerima kunci rumah pada bulan kelahirannya setelah pelbagai dug4an dan cab4ran dihadapi sebelum dapat menggenggam kunci rumah ini.

Sesuai dengan janjinya kepada ayah Ida untuk menyediakan tempat berteduh yang selesa, rumah ini memang cantik dan besar. Rumah idaman ramai dan tidak semua orang dapat memilikinya. Terpancar kegembiraan pada wajah Ruzaini dan lebih excited hero kecilnya, Rahil.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian oleh Ruzaini ini telahpun mendapat perhatian daripada rakan selebriti dan warganet. Antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah, congrats adikku. Syukur, bangga tengok pencapaian Ruzaini ni. You deserve all the best.. “

” Happy birthday Wan, congrats on your new house. Alhamdulillah, Allah rewards the ones who work hard and strive His way.. “

” Cantiknya rumah, bukan setakat luas je tapi ekslusif designnya. Seronok nampak muka gembira Rahil tu, alhamdulillah rezeki Rahil.. “

” Tahniah, cantik dan besar rumahnya. Doakan saya dapat beli rumah sendiri juga. So proud of you.. “

” Lawanya rumah, besar bertingkat-tingkat nampak gah sangat. Alhamdulillah syukur rezeki anak dan isteri.. “

” Wow cornet lot augusta. Besarnya Villa Rahil, rezeki anak soleh. Cantik lepas ni mesti lagi wow kena sentuhan Ruzaini dan Ida.. “

” Cantik rumah, memang cukup selesa untuk anak dan isteri serta ibu. Syukur Alhamdulillah, Allah beri rezeki yang murah untuk Ruzaini sekeluarga.. “

Alhamdulillah, kata orang rezeki tidak pernah sal4h alamat. Impian Ruzaini dimakbulkan Allah dan usaha titik peluhnya membuahkan hasil. Tahniah atas kejayaan ini dan semoga lebih banyak lagi impian Ruzaini akan tercapai pada masa akan datang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ruzaini Jamil

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..