” Lamanya tak nampak Ajah, akhirnya muncul juga.. ” – Netizen

Video Sekitar Sambutan Hari Lahir Bonda Rozita Ibrahim, Namun Penampilan Anak Kelimanya, Ajah Cur1 Perhatian Ramai. Wah Lama Tak Nampak Ajah, Cantiknya Berjubah Hitam. Seronok Ramai-Ramai Berkumpul !!

Baru-baru ini, usahawan berjaya, Bonda Rozita Ibrahim telah menyambut ulang tahun kelahirannya. Malah meninjau di akaun Instagram anak perempuannya, Noor Hayati Kamarzaman atau lebih dikenali dengan nama Yatie Sendayu Tinggi telah berkongsi video sekitar sambutan hari lahir Bonda Rozita.

Kelihatan dalam video itu ada bersama juga adalah anak lelaki Bonda Rozita iaitu, Dato’ Aliff Syukri sekeluarga dan Ajim sekeluarga. Namun apa yang menarik perhatian adalah kelibat anak kelima Bonda Rozita iaitu Ajah yang turut ada bersama.

Kelihatan Ajah begitu cantik mengenakan jubah berwarna hitam dan memakai pelitup muka. Sebelum ini, sudah lama tidak melihat kemunculan Ajah dalam video Bonda mahupun adik beradiknya yang lain.

Ada yang menyatakan suka melihat penampilan Ajah bersama keluarganya ketika sambutan hari lahir Bonda. Bukan itu sahaja, menerusi akaun Instagram juga Bonda telah berkongsi gambar bersama anak-anaknya, namun tidak pasti kenapa ruangan komen telah ditutup.

Jom tonton video di bawah ini :

Perkongsian oleh Bonda Rozita :

Di ruangan komen, selain penampilan Ajah yang mencur1 perhatian, ramai yang memberikan kata ucapan selamat hari lahir buat Bonda dan mendoakan yang baik-baik kepada Bonda. Antara komen-komen menarik adalah :

” Lamanya tak nampak Ajah, akhirnya muncul juga. Selamat hari lahir Bonda, semoga terus bahagia bersama keluarga tercinta.. “

” Ehh Ajah ke tu, lama tak nampak Ajah. Tumpang happy nampak Ajah bersama keluarga di hari lahir Bonda.. “

” Seronoknya dapat kumpul dengan anak-anak, ini lah perkara yang terindah buat yang bergelar ibu. Happy birthday Bonda.. “

” Meriah betul kalau Aliff Syukri ada, haha tak lekang mulut Bonda senyum dan ketawa. Ada sahaja yang diusiknya.. “

” Yang berjubah hitam tu, Ajah kan…. Allah lama betul tak nampak Ajah. Cantik betul Ajah sekarang ni.. “

” Lamanya tak nampak Ajaaa, cantik dia. Selamat hari lahir Bonda, semoga Bonda diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan dipermudahkan.. “

” Wahhh ada Ajahhh lah, lama bonda tak tunjuk ajahhh kat socmed. Kalini video Kak Yati ada, smua ada.. “

Cantik penampilan Ajah, nampak ayu sangat. Mungkin Ajah suka dengan kehidupan yang privasi sekarang, kita doakan yang baik-baik sahaja. Apa-apa pun semoga Bonda Rozita terus bahagia bersama anak-anak dan suami hingga ke akhir hayatnya. Selamat hari lahir Bonda Rozita.

Silakan SHARE..

Sumber : IG yatie_kmrzmn, bondarozitaibrahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..