” Alahai ada penyanyi lah dalam kereta lah, sedap sangat suara Nana nyanyi.. ” -Netizen

Datin Almy Nadia Kongsi Video Anak Sulungnya, Nur Afrina Ariana Sedang Menyanyi Di Dalam Kereta. Amboi Sedap Betul Suara Anak Dar4 Datin Almy Dan Datuk Fizz Ni. Ada Bakat Lah, Boleh Masuk Ceria Popstar Ni !!

Bagi yang mengikuti perkembangan keluarga selebriti, Dato’ Fizz Fairuz pasti terhibur dengan telatah mencuit hati mereka sekeluarga. Ada sahaja video yang dikongsikan di media sosial akan menarik perhatian warganet.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik isteri Dato’ Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia telah berkongsi satu video yang memaparkan anak sulungnya, Nur Afrina Ariana atau lebih dikenali sebagai Nana sedang menyanyi di dalam kereta.

Kedengaran Nana telah menyanyikan lagu yang sedang viral iaitu Sayunk I Love You yang dinyanyikan oleh penyanyi, Chombi ( anak Harry Khalifah). Tulis Datin Almy di ruangan kapsyen ianya adalah rancangan Dato’ Fizz untuk mengurangkan aktiviti anak-anak melihat gajet.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang menyatakan suara Nana ketika menyanyi sedap didengar. Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 8 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain memuji suara Nana menyanyi ada yang memuji cara Datin Almy dan Dato’ Fizz mengurangkan penggunaan gajet buat anak-anak. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Ahamdulillah pandai Datuk n Datin didik anak2. Suka tgk fmli Datuk n Datin. Sem0ga terus bahagia bersama keluarga tersyg.. “

” Alahai ada penyanyi lah dalam kereta, sedap sangat suara Nana nyanyi. Kejap dah besar anak sulung Datin, comel2.. “

” Sedap suaranya blh msk ceria pop star ni. Bagus cara Datin buat tu, kurang-kurang nyanyian anak-anak tu turut menghiburkan kita.. “

” Wah daddy semangat lah drive kereta, tak mengantuk lah sebab Nana nyanyi lagu sedap-sedap, hehe.. “

” Alahai comel lah Nana nyanyi, hehe. Terbaik lah cara macam ni pun semp0i juga, blh karaoke anak beranak.. “

” Baru tak mengantuk driver macam ni, hehe. Seronok sgt tgk family ni.. Anak2 semua cntik2 macam mamanya.. “

” Sedap weh suara dia, aku ulang byk kali nk dengar. Rupanya ada bakat Nana ni dalam bidang nyanyian.. “

Alahai m4lu-m4lu Nana apabila mama minta tampilkan diri ketika video sedang direkod. Sedap suara Nana, patut lah ramai yang memuji. Apa-apa pun semoga anak-anak Datin Almy dan Dato’ Fizz sentiasa membesar dengan baik dan berjaya pada masa hadapan nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG almynadiaofficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..