” Tahniah, semoga jodoh kalian kekal hingga jannah.. ” – Netizen

Video Sekitar Majlis Pertunangan Dayana Roza Dengan Seorang Usahawan. Alahai Sama Cantik, Sama Padan. Tahniah, Selamat Bertunang !!

Memulakan kerjaya seni dengan menyertai program Anak Wayang telah memperkenalkan Nur Dayana binti Kamsun Baharin atau lebih dikenali sebagai Dayana Roza ke dunia hiburan. Mendapat tempat ketiga dalam program berkenaan, sedikit sebanyak menjadikan tiket untuk Dayana mengorak langkah dalam bidang seni.

Awal bulan Julai yang lalu, Dayana tanpa berselindung telah memperkenalkan teman lelakinya yang dikenali dengan nama Adale Adham di akaun Instagam miliknya. Mengenakan sepasangan baju yang berwarna hitam, pasangan ini kelihatan sama cantik dan sama padan.

Menurut laporan daripada portal Berita Harian, Dayana telah berkawan baik dengan Adale sejak enam tahun yang lalu. Namun pada tahun ini, persahabatan itu bertukar menjadi cinta. Untuk pengetahuian, Adale merupakan seorang usahawan dan kini sudah berusia 33 tahun.

Hasil tinjauan kami di Intagram abpbh_32, telah dikongsikan beberapa video sepanjang majlis pertunangan Dayana. Dalam video yang berdurasi kurang satu minit ini, kelihatan ibu kepada tunangnya sedang menyarung cincin di jari manis Dayana. Kelihatan juga Zulin Aziz turut memeriahkan majlis pertunangan ini.

Jom tonton video-video di bawah :

Alahai cantiknya Dayana, berseri-seri bakal pengantin ni. Antara ucapan – ucapan tahniah yang diberikan buat Dayana adalah :

” Tahniah dayanaroza, moga jodoh kalian kekal hingga jannah aamiin aamiin aamiin.. “

” Knl sgt ayah dayanaroza tu. Sbb brjiran dgn atok belah ayah dia.. “

” Tahniah dayanaroza.. semoga Allah berkati ikatan antara kalian dan moga bahagia hingga Jannah.. aamiin.. “

” Congrats, Kak dayanaroza.. “

Alahai bagaikan pinang dibel4h dua, sama cantik dan sama padan bakal pengantin ini. Semoga urusan Dayana dan tunangnya untuk disatukan pada hari pernikahan mereka nanti akan dipermudahkan oleh Allah. Adat orang bertunang, pasti ada ujiannya. Bak kata orang, dar4h tengah manis. Sama-sama jaga perhubungan ok. Selamat bertunang dan tahniah daripada kami di Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jaydeesm, ABPBH_32, Dayana Roza, Portal Berita Harian

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..