” Lah4pnya abang Azil.. “

Ingatkan Netizen Nak Kec4m Video Anak Zarina Zainuddin, Azil Tengah Makan, Tapi Rupa-Rupanya Ada Maksud Lain. Kalau Tak, Sendiri Dapat Malu !!

Zarina binti Zainuddin merupakan seorang pelakon yang semakin dikenali ramai. Beliau telah berkahwin dengan Dato’ Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada tahun 1993. Perkahwinan mereka dikurniakan seramai empat orang anak namun dua daripadanya menghidap Aut1sm.

Muhammad Raizal Azrai (Azal) dan Muhammad Razil Azrai (Azil) merupakan pasangan kembar Aut1sm. Kesabaran dan ketenangan Zarina mendidik dan menjaga pasangan kembar ni juga harus dipuji. Ini kerana walaupun anaknya itu kadang-kala bertindak di luar kawalan, Zarina masih mampu mengekalkan sikap penyayang dan sabar. Bukan semua orang mampu berbuat begitu.

Akaun media sosial Zarina sering menjadi perhatian netizen kerana Zarina selalu berkongsi kisah kedua anak kembarnya itu. Sehingga kini seramai 1.8 juta orang pengikut di akaun Instagramnya. Gelagat pasangan kembar itu sering menjadi bualan para netizen.

Menerusi akaun Instagram, Zarina berkongsi videonya menyuap makanan ke mulut Azil. Azil begitu berselera dan tersenyum apabila dilayan dengan baik oleh ibunya. Menurut Zarina, mereka hendak pergi ke majlis perkahwinan namun terpaksa terlewat sedikit kerana Azil sudah menangis hendak makan.

Tonton video di bawah :

” Pagi ni hajat saya nak merai kan nikah kawin pasangan bahagia #falalalyq @falyqhikyle @nabillaraihan tapi nampaknya tak dapat pegi pagi2 azil dah menanggis macam anak kecik mintak susu.. ”

” Nampak gayanya saya kena layan si azil ni dulu tengahari masa sanding nanti la saya pergi. Saya doakan mereka bahagia saya tumpang bahagia melihat mereka bahagia.. “

Rata-rata netizen gembira melihat hubungan dua beranak ini dan layanan yang diberikan oleh Zarina kepada anaknya. Azil. Antara komen-komen mereka :

” Azil nampak happy sebab dilayan.. “

” Comel je ibu dan anak, tersenyum saya tengok.. “

” Muka da ada senyum… Dia nak Ibu dia layan dia selalu lah… “

” Masyaallah ibu yg cantik baik hati suka lihat akak layani anak.. “

” Mulia nya ibu zarina akak tharu melihat stiap klur di instgram,. “

” Baik nya sis layan anak.. sis memang ibu syurga.. “

” Semoga sllu sehat semua & d lipahkn kesabaran yee Kaka @zarinazainuddin_ Aamiin Ya Robbal Alamin.. “

” Alhamdulilah.. loving bonding.. “

Namun satu komen yang diberikan oleh netizen agak menimbulkan sal4h faham. Selamat Zarina dan beberapa netizen yang lain sempat bertanya terlebih dahulu :

Rupanya maksud ‘lah4p’ adalah berbeza di Indonesia. Kalau ‘lah4p’ di Malaysia bermaksud makan seperti orang kebul0ran tetapi di Indonesia bermaksud makan dengan baik. Nampaknya kita dapat belajar perkataan baru hari ini. Pastinya ramai orang Malaysia tidak tahu perkataan ‘lah4p’ ada dalam bahasa Indonesia.

Sememangnya cara didikan dan layanan Zarina Zainuddin kepada kedua orang anak kembarnya, Azal dan Azil tidak perlu din4fikan lagi. Zarina seorang ibu yang penyayang dan penyabar. Semoga segala urusan Zarina Zainuddin dalam membesarkan anak kembar Aut1sm nya dipermudahkan. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarina Zainuddin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..