” Ghasa nak pot0ng kaki manis dia.. “

Rozita Che Wan Belanja Video Sambutan Anniversary. Sweetnya Till Jannah !!

Pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin bukan nama asing dalam industri seni tanahair. Pasangan ini pernah mencetuskan kontr0versi apabila terseb4rnya foto mesra mereka bersama suatu ketika dahulu. Walaupun ramai pada ketika itu mengganggap percintaan mereka ini cuma sekadar main-main namun jangkaan netizen nyata meleset.

Pasangan popular ini memilih tarikh 13 Disember 2013 sebagai tarikh keram4t mereka untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Perkahwinan mereka mencetuskan p0lemik media apabila mereka mengesahkan majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan dari pelbagai pihak hingga mencecah angka RM13 juta. Tajaan ini merangkumi majlis berinai, majlis akad nikah dan majlis bersanding.

Nyata pasangan kontr0versi ini sentiasa menarik perhatian ramai. Setiap gerak geri mereka menjadi lirikan peminat. Kelahiran cahayamata pertama mereka Aaisyah Dhia Rana menambah lagi kepopularan pasangan ini. Terkini mereka mengadakan majlis persandingan besemperna sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 6.

Menerusi akaun Instagram, Rozita Che Wan memuatnaik satu video sekitar majlis persandingan nya itu. Terserlah wajah-wajah ceria tidak hanya Che Ta dan Zain, malah anak-anak, saudara mara dan rakan-rakan artis juga kagum dengan keharmonian rumahtangga pasangan ini. Cantik bergaya bagai pinang di belah dua. Memukau pandangan mata!!

Jom tengok video di bawah :

View this post on Instagram

. Video by @cameo.x

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Rata-rata netizen terhibur dan terpegun dengan kebahagiaan pasangan romantis ini. Antara komen-komen netizen :

” Ghasa nak pot0ng kaki manis dia.. “

” Che Ta ni punye cantik memang takleh bawak bincang. Tak kisah la umur berape anak berape. Tetap letopppp.. So pretty.. “

” Semoga Che Ta dan Zain bahagia bersama-sama hingga akhir hayat.. “

” MasyaaAllah ! Wowww !  Memang luar biasa.. Moga bahagia till Jannah !.. “

” Nampak muka bedebar-debar @rozitachewan1 .. Pengantin baru.. “

” Puas hati tengok CheTa jaga rumahtangga.. “

” Tahniah Che Ta. Alhamdulillah semoga berbahagia sampai bila-bila.. “

” Suwettttnyer… Happy anniversary.. Che Ta dan husband.. Amin.. “

” Grand anniversary.. Semoga kekal till jannah… Aamiin.. Love you.. “

” Suka sangat tengok video nie.. Semoga bahagia hingga ke jannah.. Aamminn.. “

Terpancar kebahagiaan pasangan romantis ini. Walaupun berbeza usia namun itu bukan pengukur kebahagiaan. Apa yang penting sikap tolak ansur, jujur dan bertimbangrasa antara pasangan. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke enam buat Che Ta dan semoga ikatan perkahwinan ini kekal berpanjangan sehingga ke jannah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che Wan by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..