” La baru tau abang Ejoy rupanya kanak-kanak riang tu, comel.. ” – Netizen

Sharifah Shahirah Kongsi Video Iklan Lakonan Suaminya, Ejoy Azari Ketika Zaman Kanak-Kanak. Wah Muka Memang Tak Berubah Sangat Lah Ejoy Ni. Comel Tu Sampai Ke Tua, Serupa Je !!

Nama suami kepada penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah iaitu Ejoy Azari bukan asing dalam dunia seni hiburan. Ejoy yang juga merupakan seorang pelakon yang sudah lama menceburi dunia lakonan sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

Meninjau akaun Instagram Sharifah Shahirah, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan iklan lakonan Ejoy sekitar tahun 1986. Ejoy melakonkan watak utama dalam iklan supplement jenama Scott’s Emulsion.

Iklan ini telah 36 tahun berlalu dan wajah Ejoy ketika itu menjadi perhatian warganet. Anak Maria Arshad ini sememangnya comel orangnya. Ketika zaman kanak-kanak cute, sudah meningkat remaja berubah menjadi seorang yang handsome dan mempunyai ramai peminat.

Ada juga warganet yang tidak menyedari budak lelaki dalam iklan ini adalah Ejoy. Untuk makluman semua, Scott’s Emulsion antara makanan tambahan yang popular di kalangan anak-anak yang lahir pada era 80-an dahulu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Shiera ini telahpun mendapat perhatian dan ramai yang memuji kecomelan wajah Ejoy ketika ini. Antara komen-komen warganet :

” Your kids look like their young dad c0py paste muka ayah. masalah ger4m dgn abg ejoyazari sbb kenapa dia maintain cute tu kak. tu je. dia pakai sus0k ek.. “

” Kita peminat Dia tau dulu. Ger4m sebab comei. Nak penyet. Masa tu la. La ni tak berani. Tak0t dia puk0l dengan kayu golf.. “

” Ger4m jugak sebab sampai ke tua ni pon tak nampak tua dia.. tak pandai tua jugak rupe pun.. ger4m jugaklaa kalau dipikirnya.. “

” Ish, tak tau muka mirip siapa, muka mcm Airel ke, macam Ayra ke, macam Odah ke atau macam Dede haha.. sume c0py paste ayah.. “

” Kak ngape mukanya tak berubah langsung. maintainnnn je. Ejoy azari rupanya.. Tak ingat iklan ni.. “

” Kerana iklan inilah kami anak2 80an mak bagi ni dulu wajib minum sebelum g sekolah haha. Cara dia telan tu mcm redo je haha.. “

” Kenapa muka ejoy tak tua-tua ek kak rara. Sebiji Airaaaa hahaa.. kita baru lahir time ni.. “

” Laaa baru tau abang Ejoy rupanya kanak-kanak riang tu. Ejoy masa kecil pun dh comel. Maintain sampai ke tua muka comel tu, tak tua-tua lak mukanya.. “

Memang tak berubah sangat muka Ejoy, awet muda dan tak nampak tua walaupun usianya sudah hampir mencecah angka 50-an. Apa-apa pun, semoga Ejoy gembira selalu bersama keluarga tersayang. Jangan lupa minum Scott’s Emulsion tu Ejoy yer, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shiera Ijoy, IG Ejoy Azari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..