” Bahasa Perancis ke Gabriel nyanyi ni haha, pelat pun best dengar.. ” – Netizen

Video Anak Emma Maembong, Shariq Arshan Gabriel Menyanyi Lagi Rain Rain Go Away Tarik Perhatian Warganet. Alahai Cute Je Gabriel Menyanyi, Lain Macam Bahasa Gabriel. Dah Kena Gelak Dengan Mama, Hehe !!

Anak sulung kepada pasangan Emma Maembong dan Shazli Azhar iaitu Shariq Arshan Gabriel telahpun menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 2 pada bulan lalu. Kecomelan wajah Gabriel seringkali membuatkan warganet ger4m melihatnya.

Mewarisi wajah mamanya, Gabriel juga membesar sama seperti kanak-kanak lain. Meninjau akaun Instagram Shariq Gabriel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Gabriel sedang asyik menyanyi.

Lagu kanak-kanak berjudul Rain Rain Go Away dinyanyikan bersama-sama dengan mama dan babanya itu. Seronok warganet melihat Gabriel menyanyi walaupun sebutannya masih kedengaran pelat dan tidak begitu jelas.

Dah jadi bahasa apalah tu Gabriel, sampai tergelak besar Emma mendengar Gabriel menyanyi. Emma dan Syazli pun melayankan sahaja telatah Gabriel. Ini kalau sudah petah bercakap nanti, tentu lagi riuh rumah jadinya.

Jom tonton video di bawah :

Video gelagat Gabriel ini telahpun meraih lebih 9000 likes daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” G1g1t sikit haha, lama tak tengok ikan pirana beraksi ahha. Emma junior comelnya, ger4m betul tengok.. “

” Lama dah tak tengok video Gabriel ni, comelnya lah blonde hair boy ni. So cute Gabriel.. “

” Wow Gabriel dah pandai menyanyi lah, bahasa apa tu Gabriel haha. Bukan main mama gelakkan Gabriel.. “

” Makin handsome Gabriel ni, anak lelaki selebriti yang paling kacak. Comel gabriel ini.. “

” Eeeee ger4mnya tengok budak ni, comelnya. Lagu apa la tu dia sebut haha. Buat orang ger4m tau.. “

” Apa lah yang dia nak cakap tu haha. Dengan muka handsome nya itu, tak puas tengok Gabriel.. “

” Bahasa perancis ke Gabriel nyanyi ni haha, cheeky boy nyanyi pelat pun best dengar. Mama dah bantai gelak dulu hahah.. “

Ceria betul anak mama dan baba ini, pelat pun pelatlah Gabriel, janji dapat menyanyi. Pada masa akan datang, bolehlah Emma kongsikan lagi video Gabriel menyanyi yang lebih panjang lagi durasinya. Lucu dan menghiburkan sangat Gabriel ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shariq Gabriel

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..