” Kuasa Allah, baby seusia Nayla pun mampu sebut.. ” – Netizen

Video Anak Ayda Jebat, Ana Nayla Menyebut Kalimah ‘ Allah ‘ Raih Perhatian Ramai. Alahai Ana, Baru Umur 2 Bulan Lebih Dah Pandai Sebut ‘ Allah’. Comel Sangat Suara Ana !!

Jika sebelum ini Ayda Jebat dan Nabil Mahir pernah berkongsi satu video anak mereka iaitu Ana Nayla cuba menyebut perkataan ‘ Hai ‘ di akaun media sosial, kini lain pula perkataan yang disebut oleh Ana.

Kali ini, Ana cuba menyebut kalimah Allah pula. Video Ana ini telah dikongsikan di akaun Instagram Ana Nayla sendiri. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan gelagat Ana yang cuba mengikut sebutan ibu dan bapanya.

Ayda dan Nabil meminta Ana mengikut sebutan Allah kerana sebelum ini mereka ada mendengar Ana menyebutnya. Jadi pasangan ini cuba merakamkan momen ini dan berkongsi kepada para peminat mereka.

Pada awalnya Ana dilihat agak sukar untuk mengikut sebutan Allah daripada ibu dan bapanya. Namun di akhir video tersebut sangat jelas sekali sebutan kalimah Allah oleh Ana. Alahai, bijak dan pandainya dia.

Jom tonton video di bawah :

Ramai yang berasa kagum melihat Ana boleh menyebut ‘ Allah ‘. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” MasyaAllahh, semoga menjadi anak yg solehah.. baby cute ni pandainya.. Memang mata ana boleh tuka2 warna ke aida.. “

” C0py paste mommy btul..semoga menjadi anak yang solehah buat kdua ibu bapa Aamin.. Eii 2 bulan dh pndai sebut.. “

” Masyallah jadi anak yg soleha didunia dan akh1rat Aamin ya mujib.. Kecik 2 dah Nampak bijak.. Jeling mcm tu nampak mami sangat.. “

” MasyaAllah kuase Allah baby seusia nayla pun mampu sebut.. Allahuakbar. Besar nti tutup aurat ye nak.. pandainya nayla sebut Allah.. “

” MasyAllah.. kuasa Allah SWT… pandai nya awak ni .. onny syg awak laaaa… Alhamdulillah moga Nayla terus membesar sihat , cerdas dan pintar.. “

” Alhamdullilah, masya’allahhhh .. anak solehah, anak yang baik akhlaknya.. Pandainya nayla sebut.. comel sangat.. “

” Masyaallah cute sangat Ana Nayla anak solehah.. Semoga membesar menjadi anak yg solehah untuk parents.. “

Wah, baru berusia beberapa bulan namun Ana sudah pandai menyebut beberapa perkataan seperti ‘ Hai’ dan ‘ Allah’. Tidak mustahil jika Ana lebih cepat bercakap selepas ini. Semoga Ana Nayla membesar menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ana Nayla, Ayda Jebat

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..