” Alahai suka jer Fahri tu jadi ‘gitar’ baba dia, haha.. ” – Netizen

Dayah Bakar Kongsi Ucapan Sempena Hari Lahir Suaminya, Kapten Hanif Hamidi. Namun Video Gelagat Anak Dayah, Achbar Muhammad Fahri Bersama Babanya Buat Ramai Terhibur. Comel !!

Bagi yang mengikuti perkembangan bekas pengacara, Dayah Bakar pasti terhibur dengan perkongsian video anak kecilnya, Achbar Muhammad Fahri yang telah berusia 1 tahun lebih. Ada sahaja gelagat si kecil ini buat yang pasti mencuit hat.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Dayah, dia telah berkongsi satu video serta ucapan istimewa sempena hari lahir suaminya, Kapten Hanif Hamidi. Tulis Dayah, video yang dikongsikan tersebut adalah video yang telah disimpan lama oleh dirinya dan ingin dikongsikan ketika hari lahir Hanif pada hari ini.

Selain itu, Dayah juga memberikan kata pujian buat Kapten Hanif dengan menyatakan bahawa suaminya itu adalah seorang ayah dan suami yang sangat baik. Malah, Dayah turut menitipkan doa agar suaminya sentiasa dalam lindungan Allah.

Perkongsian oleh Dayah pada kali ini telah mendapat perhatian follower nya. Menerusi video itu, kelihatan Kapten Hanif sedang ‘bermain gitar’ dengan menjadikan Fahri sebagai gitar. Gelagat dua beran4k ini sangat mencuit hati dan ada yang menyatakan bahawa melihat wajah Fahri seakan redha menjadi gitar babanya.

Jom tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur setelah menonton video tersebut dan rata-ratanya turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada suami Dayah. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Alahai suka jer Fahri tu jadi ‘gitar’ baba dia, haha. Selamat hari lahir Kapten Hanif, semoga diberikan kesihatan yang baik selalu dan bahagia bersama keluarga.. “

” Comel lah si kecik tu, muka dia slalu je happy. Penghibur hati baba dan ibu ni, semoga jadi anak yang baik selalu Fahri. Happy Birthday untuk suami Dayah.. “

” Kenapa Baba jadi kn saya gitar. Ad0ii baba petik kt mna tu gitar, hahaha. Mesti Fahri tu gel1 kan kena petik dgn baba, haha.. “

” Video ni menceriakan hari saya, cheeky lah Fahri ni. Selamat hari lahir Kapten Hanif Hamidi. Semoga sntiasa dimurahkan rezeki selalu bahagia bersama keluarga.. “

” Same birthdayy dgn saya. YeY, Happy birhday Kapten Hanif. Semoga terus bahagia bersama isteri dan anak tercinta.. “

” Suka betul kan bud4k comel tu jadi gitar baba dia. Happy birthday baba Fahri. Semoga terus jadi seorang baba yang baik buat Fahri.. “

Amboi kemain lagi Fahri tu suka betul ye dapat main-main dengan baba dia. Apa-apa pun, di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir buat suami Dayah Bakar, Kapten Hanif, semoga diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dayah Bakar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..