” Cantik decoration bilik tu, saya pulak nak menangis melihatnya.. “

Elly Mazlein Kongsi Video Dekorasi Bilik Pengantinnya Yang Begitu Indah Sekali. Aww, Romantik Sangat !!

Pada 18 Januari 2020, pelakon Elly Mazlein telah berkahwin buat kali yang kedua dengan jejaka pilihannya merupakan seorang guru yang berasal dari Kelantan. Elly memilih Azlan yang lebih dikenali dengan gelaran Papa Awan Nano di media-media sosial.

Terdahulu, Azlan telah merisik Elly pada 19 oktober tahun lalu dan kemudiannya  melangsungkan majlis pertunangan mereka pada 17 November tahun lalu. Sepanjang tempoh perkenalan sehingga ke pertunangan, Elly menyorok wajah bakal suaminya ini.

Namun perkara yang paling dinantikan oleh semua peminat telah pun berakhir apabila Elly tidak lagi menyembunyikan wajah lelaki yang berjaya memikat hatinya. Pasangan sama cantik dan sama padan ini telah melangsungkan majlis mereka di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Menerusi akaun Instagram, Elly berkongsi video dekorasi bilik pengantinnya yang begitu romantik sekali. Bertema warna merah, bilik tersebut dihiasi dengan bunga-bungaan dan belon -belon berwarna merah. Dekorasi tersebut dihadiahkan khas kepada Elly.

Tonton video di bawah :

” So sweet my kakak @hasnizanordin @saphirescreen .. tq hadiahkn room decoration utk Kepom & Suami. Tq kakak sayang.. “

Rata-rata netizen memuji keindahan dekorasi bilik tersebut. Antara komen-komen mereka :

” Mcm tak nak usik sayang nak usikkan.. cantik. ya Allah Alhamdulillah smoga sampai kejannah. “

” Cantikkk sgttt… tu lahhh .. “

” Wowwwww… so swettt.. “

” Cantikk decoration bilik tu, saya pulak nak menangis melihatnya.. “

” Selamat pengantin baru kak Lina. Penat juga tu nk berper4ng dengan balloons yg tergantung gantung tu. Haha.. “

” Ini mcmmna nk tido kalau tgh syok2 tidur belon melet0p.. “

Wah, cantik sangat dekorasi bilik pengantin ini. Sangat romantik dan sweet sekali. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Elly Mazlein dan suami. Selamat Pengantin Baru dan semoga jodoh Elly dan Azlan berkekalan sehingga ke Jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..