” Kesiannnnn budak comel ni. Dapat mami kepala tingt0ng gitu… “

Video Adira Suhaimi Menyakat Anaknya Anggrek Tidur Buat Peminat Terhibur. Part Jeling Mata Tu Comel Sangat Anggerik. Ger4m !!!

Penyanyi bersuara lantang Adira Suhaimi tidak perlu diperkenalkan lagi. Namanya sudah cukup dikenali kerana suara uniknya itu. Adira atau nama sebenarnya Siti Adira binti Suhaimi dilahirkan di Ranau Sabah pada 19 September 1991.

Nama Adira mula dikenali setelah penyertaannya di dalam program realiti Akademi Fantasia musim kelapan dan dinobatkan sebagai naib juara. Beliau memilih genre muzik pop dan antara lagunya yang popular adalah Ku Ada Kamu, Ilusi dan Dewi Cinta.

Gandingan duetnya bersama Hafiz Suip menerusi lagui 0mbak Rindu menjadi satu fen0mena. Dalam kehidupan peribadinya, Adira telahpun mengahwini Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red. Perkahwinan ini memberikan mereka dua orang cahayamata bernama Anggerik dan Asan.

Menerusi akaun Instagram, Adira telah berkongsikan satu video di mana anaknya Anggrek sedang lena tidur kepenatan setelah pulang dari sekolah. Adira yang sekadar berjenaka menyakat anaknya itu membuatkan reaksi spontan dari Anggrek jadi sangat lucu. Alahai mami ni.

Jom tonton video di bawah :

” Kesian kakak penat sangat … Ami minta maaf kacaw kakak …. Tetiba mood ami nak sakat kakak.. Kakak taw kan ami sayang sangat kat kakak.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Kesiannnnn budak comel ni !! Dia mesti dalam hati “ mami ingat kelakar ke?”…. Hahahahahaha.. “

” Muka dia macam tak puas hatiiiiii.. “

” Kesian nak oiii. Lena sungguh dia tido tu hahaha kena kacau dengan yayang.. “

” Hahahahahahhahah!!!! Nasiblah dapat mak gini.. “

” Best dapat mami kepala tingt0ng gitu… “

” Sian anggerik.. Haha comel je mamy dan anggerik.. Sabar ye anggerik.. “

” Ulang tengok banyak kali tapi still mau ketawa.. “

” Kesiannnnn budak comel ni.. Dapat mami kepala tingtong gitu… ”

Lucu betul tengok Anggerik bergegas bangun walhal ibunya cuma bergurau. Muka tak puas hati pun tetap comel Anggerik ni, sebijik wajah Adira. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Anggerik membesar menjadi anak yang bijak dan berguna untuk kedua ibu bapa.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adira Suhaimi by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..