Kerana Masih Kanak-kanak, Dia Dih4lau Ke Saf Belakang

INI Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan Kepada Adik Nadzrul Yang Buat Ramai Sent4p !

Baru-baru ini viral mengenai kisah seorang kanak-kanak yang menulis surat kerana menyatakan rasa terkilannya apabila dia dih4lau oleh jemaah masjid yang tidak membenarkan dia bersolat di saf hadapan.

Kanak-kanak itu, Nazrul Sarfan bin Shahrul Azly di dalam surat yang ditulisnya bertanyakan adakah hadis Rasullullah yang mel4rang seseorang kanak-kanak untuk bersembahyang di saf hadapan. Pertanyaan itu dia tanyakan kepada Imam, Pengerusi Surau dan semua Ajk surau tersebut.

“Saya ingin bertanya, adakah hadis Rasulullah S.A.W yang menyatakan budak-budak kena duduk belakang ketika solat? Mesti tak ada kan. Kenapa semalam tok pengerusi h4lau saya dari saf pertama sampai saya kena duduk di saf nombor tiga?”. tulisnya dalam surat tersebut.

Surat itu ditulis pada tahun 2017 yang lalu semasa kanak-kanak itu berumur 8 tahun, menurut muatnaik sebuah status di Twitter yang menyatakan surat tersebut ditulis oleh anaknya dan berterima kasih kepada orang ramai yang memberi sokongan

Dan kekesalan yang dilahirkan oleh kanak-kanak itu akhirnya sampai ke pengetahuan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Menerusi status terbaru melalui Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutan, Dr Zulkifli telah memberikan keterangan yang panjang lebar bagi menjawab persoalan kanak-kanak tersebut.

Setelah memberikan keterangan dan hujah yang mengikut pandangan hadis ( Boleh dibaca keterangan penuhnya di bawah), Dr Zulkifli menyatakan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak itu adalah tidak salah.

” Bagus duduk dengan orang-orang dewasa. Belajar cara solat dengan lebih sempurna. Tahniah pakcik ucapkan. Kalau ada orang kata nanti terput0s saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama’ yang kata begitu. “

Dr Zulkifli juga memberikan beberapa cadangan untuk pihak masjid dan juga ibubapa berkenaan perkara tersebut.

Di akhir statusnya itu, Dr Zulkifli sekali lagi mengucapkan tahniah kepada adik Nadzrul kerana pertanyaannya itu. Dia juga mendoakan semoga adik Nadzrul dapat menjaga solat lima waktu dan berharap dapat berjumpa dengan adik Nadrul satu masa nanti. O000, ada hadiah yer.

Kami di Berita K0pak juga turut mengucapkan tahniah kepada adik Nadzrul. Semoga sentiasa sihat dan menjadi orang yang Soleh satu hari nanti !

Anda boleh baca penerangan PENUH Dr Zulkifli seperti di bawah ini 

Assalamualaikum wbt.Ke hadapan anakanda Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin MatPakcik ada membaca surat…

Posted by Mufti Wilayah Persekutuan on Thursday, December 5, 2019

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya !

Disediakan Dan Disusun Oleh Berita K0pak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..