” Kenapa tak ada video kat Youtube dah.. ” – Netizen

Delete Semua Video Di Youtube, Tindakan Sugu Pavithra Mengej0tkan Ramai. Eh Dah Kenapa Ni !!

Sebut sahaja nama S. Pavithra, pasti seluruh rakyat Malaysia sedia maklum tentang kebolehannya memasak pelbagai resepi. Walaupun hanya menggunakan barangan dapur yang biasa sahaja, Pavithra mampu menghasilkan resepi yang menarik untuk dikongsikan buat peminat-peminatnya.

Kelebihannya bertutur dalam bahasa Melayu yang lancar, membuatkan Pavithra diikuti ramai oleh peminat daripada kaum Melayu. Sejak menjadi viral beberapa bulan lepas, tidak dinafikan bahawa bilangan pengikut di saluran Youtube suami isteri ini yang menggunakan nama ‘ Sugu Pavithra’ semakin bertambah.

Siapa sangka perkongsian video-video masakan yang dimuatnaik ke laman Youtube berjaya menambat hati ramai, malah telah memberi pendapatan tambahan buatnya sekeluarga. Meskipun baru berjinak-jinak dalam penghasilan video tetapi pasangan ini mampu menarik nafas lega kerana mampu meraih pendapatan lumayan.

Namun apakan daya, pepatah ada mengatakan, ‘ ku sangka pan4s hingga ke petang, rupanya huj4n di tengah hari’ .  Inilah gambaran tepat terhadap apa yang berlaku dalam situasi Pavithra ini. Baru-baru ini kita digemp4rkan dengan berita persel1sihan antara Sugu dan Pavithra sehingga menyebabkan Sugu ditahan oleh pihak berkuasa. Namun Pavithra membuat keputusan memaafkan suaminya itu dan akhirnya mereka sudah berbaik semula.

Apa yang mengej0tkan, tinjauan di saluran Youtube Sugu Pavithra semalam mendapati tiada lagi pengisian-pengisian video yang terpapar di channel tersebut. Hal ini menjadi tanda tanya buat pengikut-pengikutnya. Malah di laman Instagram milik Pavithra juga telah dihuj4ni dengan komen-komen yang bertanyakan mengenai video di Youtube. Pastinya ini suatu yang menyed1hkan bagi peminat-peminat yang selalu mengikuti channel Sugu Pavithra.

Di bawah ini adalah Screenshot daripada laman Youtube Sugu Pavithra :

Ini juga Screenshot daripada Channel Youtube Sugu Pavithra yang membuktikan tiada paparan video-video lagi yang boleh ditonton.

Antara komen-komen di laman Instagram Sugu Pavithra yang dihuj4ni dengan persoalan ke mana menghilangnya video-video di channel tersebut, sama ada dipadam atau pun sekadar unpublish buat sementara waktu. Ini antara komen-komen mereka :

” Kenapa da takde video kak pavithra takpela semoga semuanya baik2 saja . Take care sis.. “

” Kenapa  tak de video kat YouTube dah.. “

” Semua video di youtube dah tak de. Apa cerita?? “

” Kenapa tak ada video di youtube ?? “

Namun ada juga yang memberi sokongan buat Pavithra supaya terus kuat melalui apa sahaja ujian. Ini antara kata-kata sokongan itu :

” Kami sentiasa support both of you. Sabar ye, ambil lah tempoh bertenang.. “

” Be strong Pavithra, semoga yg baik2 saja slps ni.. “

” Stay strong sis hope Sugu learned from his m1stakes. We r waiting for your next cooking video pls upload soon.. “

Beginilah lumrah kehidupan ada naik dan turunnya. Namun jadikan setiap ujian yang berlaku sebagai  semangat untuk bangun semula. Kami di Berita Kopak mengharapkan Sugu Pavithra terus kembali bangkit dan meneruskan  perkongsian resepi-resepi buat seluruh rakyat Malaysia. Keep it Up Pavithra !!

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG, Facebook & Youtube Sugu Pavithra

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..