” Kemah Mi, Asif, Yoe. Terbaik laa.. “

Pentas Konsert Throwbaek 2019 Gamat Dengan Kemenangan Syahmi Syazli, Yoe Parey Dan Asif Suhaimi. Sempat Lagi Buat Lawak Atas Pentas. Tahniah.. Korang Memang Terbaek !!

Bagi peminat youtube saluran Syahmi Syazli pastinya mengenali pelakon-pelakon di dalam drama spontannya itu. Syahmi Syazli anak jati Kelantan ini mencipta kelainan apabila beliau mempertaruhkan nasib dengan mengambil insan istimewa ‘orang kurang upaya’ sebagai pelakonnya.

Mencipta rekod subscriber dan view tertinggi hingga jutaan tontonan, nama Syahmi Syazli dinobatkan sebagai youtuber nombor 1 Malaysia. Kehadiran Yoe Parey dan Asif Suhaimi yang diasah bakatnya oleh Syami nyata berupanya menarik minat penonton.

Drama Spontan yang dilakonkan tanpa skrip itu selalu membuatkan penonton terbahak-bahak ketawa. Lawak mereka yang tidak dibuat-buat dan lebih kepada spontan santai mengujakan semua. Tiap bait ayat yang diungkapkan sememangnya menjadi bualan peminat.

Menerusi akaun Instagram, Syahmi telah berkongsikan video rakaman semasa beliau bersama artis produksinya iaitu Yoe Parey dan Asif Suhaimi menerima anugerah di pentas Konsert Throwbaek 2019. Anugerah yang tidak disangka-sangka akhirnya menjadi milik youtuber nombor 1 Malaysia ini.

Baca perkongsian Syahmi di bawah :

” Alhamdulillah Ya Allah untuk award Video Pendek Baek ini.. “

” Tahniah @asifsuhaimi02 @yoe_parey @anissafaizul.. Terima kasih umi abah dan semua yang terlibat dengan mi dan semestinya FOLLOWERS kesayangan semua! Insyaallah ada rezeki kita buat makan-makan #astro #konsertthrowbaek2019 #award.. “

Video kemenangan Syahmi dan team yang dikongsikan di IG Astro Gempak :

” Jejaka paling hangat kat Malaysia sekarang, @syahmisazli @asifsuhaimi02 @yoe_parey . Penerima anugerah Video Pendek Terbaek.. ”

Rata-rata peminat gembira dengan kejayaan ini. Antara komen-komen peminat :

” Congrates my bro, terus maju ke depan mi.. “

” Tahniah mi boleh award video pendek terbaikkk Mapaaa.. “

” Tahniah syahmi, yoe, asif.. “

” Kemah mi, asif, yoe terbaikk laa.. “

” Kurniaan dri Allah swt.. Rezki mu luah sebintang bumi yang diciptakan.. “

” Alhamdulillah terbaik pelakon-pelakon Drama Spontan.. “

” Baik lah syahmi and the geng… tok sia-sia buat video lagu tu.. “

” Jange gura mi??? Hahaha congrats bro.. “

Siapa sangka percaturan Syahmi untuk mengetengahkan bakat insan istimewa seperti Yoe Parey dan Asif berjaya. Dari zaero kepada hero. Allah sebaik-baik pengatur itu yang pasti. Kami di Berita Kopak mengucapkan segulung tahniah di atas kejayaan ini dan semoga team Syahmi Syazli production akan lebih berjaya di masa hadapan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syahmi Syazli, IG Astro Gempak by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..