” Terima kasih kepada bekas isteri, Mawar Karim.. “

Ucapan Fizo Omar Sempena Hari Lahir Anaknya, Wan Maryam Buat Netizen Sebak, Lebih-lebih Lagi Part Nama Mawar Tu !!

Siapa tidak mengenali aktor kacak Fizo Omar. Anak kelahiran bumi Kelantan ini tidak pernah dicalit imej bur0k sepanjang penglibatannya di dalam dunia hiburan. Fizo juga dikenali melalui perniagaan FizoMawar kitchen suatu masa dahulu.

Umum mengetahui, perkahwinannya bersama pengusaha tudung terkenal Fareeda, Mawar Karim sudahpun berakhir dengan pencera1an. Hubungan cinta mereka suatu masa dulu pernah hang4t mewarnai dunia hiburan apabila Fizo membuat kej0tan melamar Mawar dengan istimewa sekali.

Rumahtangga yang dilihat aman damai akhirnya leb0r di tengah jalan. Tanpa angin tanpa r1but semuanya berakhir, namun amanah Allah zuriat mereka bernama Wan Maryam tetap dijaga. Setelah perp1sahan, Wan Maryam atau Cik Yam tetap mendapat kasih sayang dan perhatian kedua-duanya.

Menerusi akaun Instagram, Fizo Omar telah berkongsikan beberapa keping gambar semasa sambutan ulangtahun kelahiran anaknya Wan Maryam yang kedua tahun. Luahan sayu dan tulus dari hatinya itu membuatkan peminat tersentuh dan menitiskan airmata. Ya Allah sedih dan sebak di dada !

Jom baca perkongsian di bawah :

” WAN MARYAM TURNS 2 (29 DEC 2017).. “

” Selamat Ulang tahun kelahiran yang ke 2 buat anakndaku tercinta ! Syukur Ya Allah, antara salah satu nikmat rezekiMu yg tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Bila dikurniakan zuriat yang sihat dan membesar dengan baik dan membahagiakan semua orang.. “

” Selama 4 tahun perkahwinan menanti dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat dan akhirnya Allah izinkan pada 29 Dec 2017 (jumaat). Betapa gembiranya aku saat melihat dan menyambut sendiri zuriat yang aku nantikan selama ini.. “

” Subhanallah hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika itu. Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang bapa yang aku impikan selama ini, melihat anak membesar depan mata sendiri adalah satu nikmat perjalanan hidup yang sangat bernilai dan moment yang terindah dalam hidup aku.. “

” Namun perancangan Allah itu adalah sebaik baik perancangan, 10 July 2019, dah tertulis jodoh aku dan Mawar berakhir disitu ketika Cik Yam berusia 1 tahun 6 bulan dan kami memilih untuk berasingan dan dari status suami isteri bertukar menjadi sahabat dan co-parenting kepada zuriat kami Cik Yam.. “

” Ye lah, tiada siapa pun yang inginkan perp1sahan, tapi berlakunya dengan izin Allah dan semestinya Allah ada perancangan yang terbaik untuk kami semua. Alhamdulillah Cik Yam membesar dengan baik dan mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada kedua-dua belah pihak.. “

” Cik Yam adalah seorang anak yang sangat bijak dan seolah olah dia memahami situasi Mama dan Daddynya. Setiap kali tiba giliran utk menjaganya, dia sangat memahami dan tiada masalah untuk bermalam dan tinggal bersama walaupun ketiadaan sebelah pihak. Syukur alhamdulillah.. “

” Aku yakin dan percaya dengan perancangan Allah yang akan memberikan yang terbaik kepada hambaNYA dan Dia juga akan menjaga dan mengatur segalanya yang terbaik untuk semua.. “

” Di hari lahir zuriat aku ini, aku hanya mampu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada bekas isteri @mawar_karim kerana pengorbanannya mengandung dan melahirkan zuriat aku. Walau apa pun yang terjadi jasanya itu tetap aku hargai sampai bila bila.. “

” Tiada lain yang aku pinta, semoga Allah memelihara zuriat aku ini dan jadikanlah Cik Yam anak yang solehah, dan taat kepada kedua ibubapa, terutamanya ibu yang melahirkan kamu di dunia ini.. “

” SELAMAT HARI LAHIR CIK YAM.. “

View this post on Instagram

WAN MARYAM TURNS 2 (29 DEC 2017) . Selamat Ulang tahun kelahiran yg ke 2 buat anakndaku tercinta! Syukur Ya Allah, antara salah satu nikmat rezekiMu yg tidak dpt aku gambarkan dgn kata2.Bila dikurniakan zuriat yg sihat dan membesar dgn baik dan membahagiakan semua orang. . Selama 4 tahun perkahwinan menanti dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat dan akhirnya Allah izinkan pada 29 Dec 2017 (jumaat). Betapa gembiranya aku saat melihat dan menyambut sendiri zuriat yg aku nantikan selama ini.Subhanallah hanya Tuhan saja yg tahu perasaan aku ketika itu. . Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang bapa yg aku impikan selama ini,melihat anak membesar depan mata sendiri adalah satu nikmat perjalanan hidup yg sgt bernilai dan moment yg terindah dlm hidup aku. Namun perancangan Allah itu adalah sebaik baik perancangan, 10 July 2019, dah tertulis jodoh aku dan Mawar berakhir disitu ketika Cik Yam berusia 1 tahun 6 bulan dan kami memilih utk berasingan dan dari status suami isteri bertukar menjadi sahabat dan co-parenting kpd zuriat kami Cik Yam. . Ye lah,tiada siapa pun yg inginkan perpisahan, tapi berlakunya dgn izin Allah dan semestinya Allah ada perancangan yg terbaik utk kami semua.Alhamduliilah Cik Yam membesar dgn baik dan mendapat kasih sayang yg secukupnya drpd kedua2 belah pihak.Cik Yam adalah seorang anak yg sangat bijak dan seolah olah dia memahami situasi Mama dan Daddy nya.Setiap kali tiba giliran utk menjaganya, dia sgt memahami dan tiada masalah utk bermalam dan tinggal bersama walaupun ketiadaan sebelah pihak.Syukur alhamdulillah. . Aku yakin dan percaya dgn perancangan Allah yg akan memberikan yg terbaik kpd hambaNYA dan Dia juga akan menjaga dan mengatur segalanya yg terbaik utk semua.Di hari lahir zuriat aku ini, aku hanya mampu bersyukur kpd Allah dan berterima kasih kpd bekas isteri @mawar_karim kerana pengorbanannya mengandung dan melahirkan zuriat aku.walau apa pun yg terjadi jasanya itu tetap aku hargai sampai bila bila. . Tiada lain yg aku pinta, semoga Allah memelihara zuriat aku ini dan jadikanlah Cik Yam anak yang solehah, dan taat kepada kedua ibubapa, terutamanya ibu yang melahirkan kamu di dunia ini. . SELAMAT HARI LAHIR CIK YAM

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Rata-rata peminat gembira melihat kegembiraan di wajah Maryam. Tidak kurang juga yang sebak membaca luahan Fizo. Antara komen-komen peminat :

” Happy birthday Cik Yam! Terbaik abe @fizoomar . Always a cool daddy. Semua sentiasa gembira semuanya.. “

” Sebak baca Allahlah yang mengaturkan segala yang baik untuk hambaNya.. “

” Sanah helwah wan maryam semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah berjaya didunia dan akhirat.. “

” Happy birthday Maryam..Moga menjadi anak yang solehah.. “

” Alhamdulillah Happy Turn 2 Maryam.. “

” Happy birthday cik yam moga dalam Rahmat Allah selalu.. “

” Happy besday cik yam .. Ya Allah berkaca mata baca ucapan fizo .. Semoga keluarga ini bersatu dengan izin Allah juga aamiin.. “

” Tersebak pulak rasa.. Happy birthday cik yam, moga jadi anak solehah dan bertuah untuk daddy dan mommy!.. “

Sesungguhnya hanya Allah Mahu Tahu dan Maha Mengetahui. Mungkin ada perancangan Allah yang lebih baik untuk keluarga kecil ini. Perp1sahan bukan noktah sebuah perhubungan kerana mungkin ada permulaan baru yang lebih baik.

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir buat Maryam dan semoga Maryam membesar menjadi anak yang solehah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizo Omar by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..