” Keluarga good looking. Cantik-cantik keluarga kak Mira. Sweet family.. ” – Netizen

Gambar Mira Filzah Sekeluarga Di Majlis Pernikahan Adiknya, Aina Fadhilah Yang Menarik Perhatian Peminat. Semua Cantik Dari Anak Sampai Ke Mak. Cun Semua !!

Baru sahaja beberapa hari lepas Mira Filzah dan adiknya Aina Fadhilah menyelesaikan majlis khatam Quran mereka. Mira seperti diketahui umum bakal mengakh1ri zaman bujangnya bersama jejaka bernama Wan Emir Astar.

Mira semakin kelihatan berseri-seri semenjak bergelar tunang kepada Emir dan menunggu hari persandingan mereka. Tidak hanya Mira malahan peminat juga menghitung hari untuk melihat pernikahan pelakon kesayangan ramai ini. Melihat Mira yang begitu mempes0na di pelamin semasa majlis khatam Al-quran menyerlahkan lagi wajah beliau yang berseri-seri.

Majlis khatam Al-Quran tersebut adalah sempena majlis akad nikah adik Mira, Aina Fadhilah yang berlangsung meriah semalam. Aina yang mempunyai muka seiras dengan Mira ini menikahi jejaka pilihannya bernama Afif. Dengan busana berwarna putih, Aina kelihatan begitu menawan dan pada majlis itu, kakak sulung Mira, Ain Farhanah bersama suami dan anaknya juga ada bersama.

Menerusi akaun Instagram, Mira Filzah telah berkongsikan beberapa keping gambar bersama keluarga di hari pernikahan adiknya Aina Fadhilah. Semuanya nampak gembira dan ceria menyambut hari pernikahan Aina. Melihat keceriaan keluarga ini bergambar bersama juga cukup menarik perhatian ramai peminat.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Akaun Instagram kelab peminat Mira, The Real Official Tingt0ng MF juga turut sama berkongsikan satu video suasana sekitar majlis pernikahan Aina ini.

Selain wajah Mira dan Aina yang berseri, ahli keluarga yang lain juga menarik perhatian ramai peminat. Antara komen-komen peminat :

” Wow. Your abah is finally smiling. yeayyy next kak miraaa.. “

” Congrats Aina.. Umar is shoooo cute.. “

” Semua lawa2 n hensem. Kalau dah jodoh muka pun sama .. “

” Congratulations aina, cantiknya adik mira.. “

” Ohhh adik Mira ke yg kahwin then mira pula kahwin. Tak sabar tunggu Mira sanding.. “

” Congratulations sis Aina and her hubby ! Cantik sangat.. “

” Keluarga good looking. Cantik-cantik keluarga kak mira. Sweet family.. “

” Tahniah kak Aina, semua tantik and hensem, umar is soo cutee.. “

” Gil4 anak beran4k seme lawo. Indahnyaaa ciptaan tuhan… mok nye pun ya ampuuunnn.. “

Seronoknya melihat kebahagiaan dan keceriaan keluarga Mira ini. Bertambah seorang lagi ahli baru dan dalam masa terdekat juga Mira pula bakal menyusul adiknya. Peminat pun tidak sabar untuk melihat Mira menjadi ratu sehari. Semoga segala urusan keluarga Mira dipermudahkan dan selamat pengantin baru Aina!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mira Filzah, IG Therealofficialtingtongmf, IG Aina Fadhilah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..