” Karipap inti tembikai tu h4rei betoi. Hahaha.. “

Cik Man K0ngsi Video Parodi Sweet Dreams. Part Inti Karipap Tu Kelakar Habiss !! 

PU Azman mula dikenali setelah memenangi program realiti Islamik, Pencetus Ummah, musim kedua pada tahun 2014 yang lalu. Bermula daripada itu, PU Azman atau nama sebenarnya Azman  Syah bin Alias, mula bertindak melakukan kerja-kerja dakwah dengan menjadi seorang penceramah bebas.

Selain daripada menjadi penceramah bebas, PU Azman juga merupakan seorang pakar motivasi dan pengacara untuk program-program berunsur keagamaan. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan seorang pelakon dan pernah muncul dalam beberapa telefilem dan drama televisyen.

Berperanan sebagai Tuan Fadhil  dalam drama Sweet Dreams  menjadi majikan dan merangkap bakal bapa tiri tunggak utama siri iaitu, Mira Filzah. Keperibadiannya yang bersahaja serta suka membuat lawak dalam menyampaikan ilmu agama membuatkan dirinya mudah diterima masyarakat.

Menerusi Instagram, PU Azman telah berkongsi satu video yang telah dibuat oleh peminat. Video tersebut adalah video parodi drama bersiri Sweet Dreams. Video itu telah ditonton hampir seratus ribu lebih yang baru dimuatnaik  oleh PU Azman semalam. Menariknya, video tersebut memaparkan babak ketika PU Azman bersama Mira Filzah.

Ikuti perkongsian PU Azman di bawah :

” Hahahaha. Tah siapa parodykan.. “

” Terjumpalak.. thanks @ameershah48.. “

Rata-rata netizen terhibur akan video parodi drama Sweet Dreams yang dikongsikan oleh PU Azman. Antara komen-komen tersebut :

” Esok2 viral la pulak karipap inti tembikai.. good idea cik man.. “

” Bahahahahaha karipap inti tembikai.. “

” Good Parody.. kelakar.. “

” Waa lain macam karipap inti tembikai.. “

” Karipap inti tembikai harei toi.. “

” Siapa s1ak jual karipap inti tembakai.. “

Haha kelakar betul. Rugi sesiapa yang tidak menonton. Pandai pula dialog sama dengan gerakkan mulut dalam video itu.  Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga PU Azman semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dan segala urusan PU Azman dipermudahkan.. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG  PU Azman  by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..