” Jenuh papa dukung, pas sorang… sorang. Masalahnya papa nampak macam abang. Makin hensem.. “

Video Naqiu Bersama Anak-Anaknya Mencur1 Perhatian Netizen. Wah, Comel Sungguh Anak-Anak Naqiu Terutamanya Yang Paling Bongsu Tu !!

Selepas memenangi Geg4r Vaganza Musim keenam, Naqiu sering menjadi perhatian di media-media sosial. Naqiu telah kembali ke industri hiburan tanah air selepas 12 tahun beliau menyepi. Pastinya ramai peminat beliau tidak sabar menanti Naqiu merakamkan album baru.

Naqiu yang kini berusia 33 tahun sudah mempunyai seramai lima orang anak yang berusia tujuh tahun, enam tahun, lima tahun, empat tahun dan yang paling bongsu umur setahun. Beliau berkahwin pada usia yang muda dengan isterinya yang dikenali sebagai Hani.

Naqiu mengenali isterinya pada tahun 2009 semasa di Johor dan kebetulan mereka bersama-sama bermain dalam band yang sama. Menurut isterinya, Naqiu seorang yang komited dan memberi sepenuhnya komitmen kepada sesuatu perkara yang beliau lakukan.

Menerusi akaun Instagram yang diwujudkan oleh peminatnya, satu video telah dimuatnaik menunjukkan Naqiu bersama anak-anaknya. Naqiu dilihat seperti seorang bapa yang penyayang kerana anak-anak nampak begitu manja dengannya. Mari kita tonton video di bawah :

” Abg tengah dukung adik ke tu.. “

Rata-rata netizen memuji kecomelan anak-anak Naqiu dan ramai menyatakan Naqiu nampak seperti abang kepada mereka. Antara komen-komen netizen :

” Comell baby tu  mcm abg dukung adik baby.. “

” Jenuh papa dukung .. pas sorang… sorang… memerap la nanti.. pasni papa bz… aamiin ..moga terus sukses.. masalahnya papa nmpk mcm abg… makin hensem… haha “

” Mcm abg n Adik..comeyy Anak naqiu.. “

” Comel2 semua.. muka ayah sangat.. “

” Alah comey anak.. tp tgok gaya adik dgn abg.. “

” Alahh comelnye ank2 naqiu.. “

” So loving kids u @naqiuboboy “

Sememangnya jika kita tidak mengenali Naqiu pastinya ramai beranggapan Naqiu bersama adik-adiknya kerana Naqiu tidak nampak seperti seorang bapa yang mempunyai 5 orang anak. Beruntungnya Naqiu nampak awet muda seperti seorang yang berusia awal 20 an.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Naqiu Boboy by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..