” Kalau perempuan pakai tudung belakang singkat, depan labuh boleh ke ? “

Ini Resp0n PU Azman. Alahai Tak Pernah Tak Kelakar, Win Sangat !!

PU Azman mula dikenali setelah memenangi program realiti Islamik, Pencetus Ummah, musim kedua pada tahun 2014 yang lalu. Bermula daripada itu, PU Azman atau nama penuhnya Azman Syah bin Alias, mula bertindak melakukan kerja-kerja dakwah dengan menjadi seorang penceramah bebas, pakar motivasi dan pengacara untuk program-program berunsur keagamaan.

Keperibadiannya yang bersahaja serta suka membuat lawak dalam menyampaikan ilmu agama membuatkan dirinya mudah diterima masyarakat. Tatkala menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan warganet berkaitan hal keagamaan, beliau pasti akan selitkan sekali unsur jenaka membuatkan ramai tidak kering gusi. Tak percaya? Lihat sendiri di Instagram miliknya.

Berstatus duda  dan berusia 39 tahun dan berasal dari Rantau, Negeri Sembilan ini juga pernah menuntut di Mesir selama 11 tahun dalam bidang Kuliyah Syariah Islamiah. Lebih gemar membahasakan diri sebagai ‘ Cik Man’ menggunakan pendekatan berdakwah secara santai dan bersahaja telah menarik perhatian golongan tidak kira muda atau tua.

Menerusi Instagram, PU Azman telah menjawab persoalan yang di tanya tentang , apabila seorang perempuan itu memakai tudung, namun tudung belakangnya singkat dan depannya labuh. Paling kelakar, pesoalan itu telah dijawab oleh PU Azman sendiri dengan membalas jawapan yang kelakar.

Ikuti perkongsian PU Azman di bawah :

” Ginilah dik, bab berpakaian ni mudah ja. Islam tidak sempit. Syaratnya.. ”

” 1) Tutup seluruh aurat dengan sempurna. Tak ketat sampai nampak bentuk. Tak jarang sampai nampak kulit.. ”

” 2) Tak fesyen yang menimbulkan f1tnah dan niat sengaja menarik perhatian. Jadi serasikan dengan budaya setempat yang baik.. ”

” 3) Untuk wanita dan tudung, aplikasikan syarat nombor satu. Dan syarat paling penting. ADA KEPALA.. ”

Ad0ii boleh pulak Cik Man tanya muka dia kat mana, depan ke belakang. Hahaha. Serius lawak. Rata-rata netizen terhibur akan jawapan yang diberian oleh Cik Man itu. Antara komen-komen tersebut :

” Dan dia wanita. Itu pun syarat paling penting ustaz.. “

” Ade jugak kelakar yg mcm ni.. “

” Last2 tu mesti ada jugak.. tpi apa2 pon pengisian yg baik.. “

” Aduh cik man nii skit prot aq bce no 3 tuh aduiiyay hmm.. “

” Xde kepala cm ne nk pakai tudung jd nye jd hantu lerrr cikman.. “

” Hahahah ayat cikman mmng always winn.. “

Adoi sump4h kelakar !! Win betul jawapan Cik Man kita ni. Tapi dalam kelakarnya, pengisiannya memang terbaik. Terima Kasih ustaz atas perkongsian ilmu ini. Kami dari Berita Kopak, mendoakan semoga ustaz sentiasa diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..