” Kak Fasha Sandha sangat professional.. ” – Netizen
Turut Kongsi Gambar Dan Ucapan Hari Bapa Buat Bekas Suaminya Jejai, Sikap Fasha Sandha Dapat Pujian Peminat. Memang Respek !!
Hari ini merupakan Hari Bapa dan jika dilihat di media sosial ramai yang memberi ucapan hari bapa kepada suami dan bapa masing-masing. Tidak ketinggalan juga buat selebriti Fasha Sandha yang turut memberi ucapan kepada suaminya, Aidil Aziz.
Namun apa yang menarik perhatian ramai netizen ialah beliau turut memberi ucapan kepada bekas suaminya, Jejai. Malah Fasha turut berkongsi gambar Jejai bersama Aidil dan anaknya, Rayfal. Umum mengetahui bahawa perkahwinan Fasha dan Jejai telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima merupakan nama permata hati mereka. Walaupun sudah berp1sah, hubungan baik Fasha bersama bekas suaminya tetap baik demi kebaikan anak-anak mereka. Ini dapat dilihat ketika sambutan hari lahir Rayfal dan Jemaima di mana Jejai turut dijemput untuk meraikannya bersama-sama.
Menerusi akaun Instagram, Fasha telah berkongsi gambar sambutan hari lahir Rayfal tempoh hari bersama Jejai dan juga Aidil. Fasha telah memberikan ucapan hari bapa buat mereka berdua di kapsyen gambar tersebut. Wah, bagus sangat Fasha, sangat profesional.
Jom kita lihat perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen memuji cara Fasha yang begitu matang dan professional sekali. Antara komen-komen mereka :
” Suka tengok kak fasha. Tak p1sah kan anak dengan bapa. Malah anak pon rapat dgn bapa baru dia. Anak2 kak fasha bertuah. Ada 2 bapa sy doakan kak fasha bahagia hingga ke jannah.. “
” Seorang wanita yang matang. Im proud of u Fasha.. “
” Kak Fasha sangat professional.. “
” Good enough.. Love the picture. Happy family.. “
” Suka tgk fasha.. Terbaik fasha.. “
” Semoga Fasha bahagia bersama tersyg.. Happy selalu.. “
Jarang kita melihat wanita memberikan ucapan istimewa buat bekas suami tambahan pula sudah mempunyai suami yang baru. Aidil dan Jejai juga seorang yang baik hati dan sporting. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari bapa kepada mereka berdua dan semua bapa di Malaysia.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..