” Sweet je Permaisuri Agung yang dikasihi pun ada bantal bus0k.. ” – Netizen

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Kongsi Video Menjahit Sarung Bantalnya Yang Kreatif Dan Cantik. Kemas Sungguh Kerja Tangan Tunku Ni. Tak Sangka Tunku Azizah Pun Ada Bantal ‘Special’ Gitu !!

Tunku Azizah Aminah merupakan Raja Permaisuri Agong yang disayangi rakyat jelata. Bukan sahaja masa sekarang, namun sebelum baginda diangkat menjadi Permaisuri Agong lagi, sifatnya yang prihatin dan berjiwa rakyat sangat disenangi rakyat negeri Pahang.

Pemurah dengan senyuman, Tunku Azizah amat mahir dalam bidang masakan dan jahitan. Jika dilihat perkongsian Tunku Azizah, banyak menu-menu yang menyelerakan dihasilkannya sendiri. Baik aneka juadah lauk pauk, manisan seperti kuih muih dan kek, hasil air tangan baginda juga dikongsikan untuk tontonan rakyat.

Selain lincah di dapur, Tunku Azizah juga kreatif dalam menjahit. Pernah menunjukkan hasil tangannya mengait ketika PKP yang lalu, crochet yang dihasilkan baginda cantik sekali. Kini baginda menunjukkan kepakarannya membuat sarung bantal pula.

Menerusi akaun Instagram, Tunku Azizah telah berkongsikan beberapa keping gambar dan video yang menunjukkan baginda sedang menyiapkan sarung bantal bus0knya dengan menggunakan kain perca. Hasil kerja baginda yang kemas dan cantik itu jadi tumpuan ramai.

Jom tonton video di bawah:

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya..)

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai netizen. Antara komen-komen mereka:

” Arini sy bangga ada jgk bantal bus0k. Kita geng Tuanku.. ” 

” Tuanku pun ade bantal bus0k .. apapun cantik hasil tangan tuanku.. ” 

” Serba boleh tunku azizah Ni.. bagusnya bonda tunku mendidik.. segannya patik.. ” 

” Sweet je…. Permaisuri Agung yg dikasihi pun ada bantal bus0k… Daulat Tuanku…. ” 

” Permaisuri Agung plg cool… Tuanku serba boleh.. “

” Tuanku seorang permaisuri yg awesome. Tak pernah terlintas di fikiran saya kehidupan puteri raja yg memiliki semua kemahiran.. “

” Rajin sekali Permaisuri ini… Ampun Tuanku.. “

Kreatif sungguh Tuanku Permaisuri menghasilkan sarung bantalnya. Nampak cantik bila disambung-sambung sebegitu. Tak sangka Tuanku pun ada bantal bus0k juga. Permaisuri kesayangan dan idola rakyat. Semoga Tunku Azizah sentiasa dalam rahmat Allah dan dilindungiNya selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG SPB Raja Permaisuri Agong

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..